Wednesday, August 6, 2008

Bajet 2009: PM bakal umum bantuan kewangan

KUALA LIPIS - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam memberi bayangan bahawa kerajaan bakal mengumumkan bantuan dari segi kewangan kepada golongan berpendapatan rendah semasa pembentangan Bajet 2009 akhir Ogos ini.
Perdana Menteri berkata, bantuan itu sebagai meringankan bebanan rakyat berpendapatan rendah berikutan kenaikan harga minyak baru-baru ini.
"Saya berharap dapat umumkan satu bantuan dalam Bajet (2009) dalam bulan Ogos ini, satu bantuan yang melibatkan ramai yang berpendapatan rendah dari segi kewangan kerana kita tahu bahawasanya kedudukan mereka pada masa ini sebagai susah.
"(Tapi) Saya tidak boleh umumkan (butirannya) lagi, (sebab kita sedang teliti) apa kadarnya, apa golongan yang layak," katanya ketika berucap merasmikan projek Agropolitan Gahai, Lipis dekat sini.
Menurut Perdana Menteri, kerajaan sedar kenaikan harga minyak baru-baru ini telah menyebabkan berlakunya peningkatan kos dalam industri pengangkutan, sekali gus menyebabkan berlakunya kenaikan harga barang.
Beliau menambah, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga sedang meneliti butiran terperinci berhubung perkara berkenaan.


http://www.kosmo.com.my/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...