Wednesday, August 6, 2008

Pelajar asing berniaga

Oleh Wartawan Kosmo!
berita@kosmo.com.my


BEBERAPA pelajar asing yang dipercayai menjalankan perniagaan kereta sewa kepada pelajar lain.



KUALA LUMPUR - Kes pelajar asing menyalahgunakan permit belajar bukan perkara baru malah ada di antara mereka sebelum ini terlibat dalam kegiatan jenayah seperti Black Money dan sebagainya.
Kegiatan itu kebiasaan dibendung oleh pihak berkuasa tetapi sejak kebelakangan ini didapati mereka terlibat aktif dalam perniagaan secara terang-terangan menimbulkan persoalan.
Bagaimana sebagai warga asing boleh berniaga dan adakah fenomena ini terlepas pandang atau sengaja dipandang sebelah mata?
Dalam satu kes, seorang warga Iran yang pada mulanya berstatus pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Lembah Klang tetapi telah menjadi 'usahawan' bersama beberapa rakan senegaranya dalam perniagaan kereta sewa dan restoran sejak kebelakangan ini.
Peliknya, perniagaan kereta sewa yang dijalankan itu bukannya kecil-kecilan malah dikatakan mempunyai kira-kira 200 buah kereta.
Malah mereka dikatakan 'ligat' menyewakannya kepada pelajar lain terutamanya warga asing.
Menurut sumber, aktiviti perniagaan yang jalankan itu adalah milik seorang warga Arab dan sudah beroperasi sejak tiga tahun lalu.
Timbul persoalan bagaimana warga asing seolah-olah bebas berniaga terutama di komuniti yang ramai warga asing.
Sudahlah kesahihan status perniagaan itu diragui, premisnya yang terletak di kawasan elit itu juga menjadi tempat berkumpulnya pelajar asing sehingga menimbulkan keresahan di kalangan penduduk tempatan.
Menurut seorang pelajar terbabit, Ahmed (nama samaran), urusan sewa kereta dijalankan dengan menghubungi Hassan (bukan nama sebenar) di restoran yang mereka usahakan yang turut dibantu beberapa rakannya.
"Jelas Ahmed, tiada sebarang dokumen seperti kad pengenalan, pasport atau lesen kenderaan diperlukan untuk tujuan tersebut.
"Ia lebih kepada percaya sesama mereka juga, lagipun siapa yang berani nak buat hal dengan mereka kerana mereka ini mendominasi tempat ini," katanya.


http://www.kosmo.com.my/


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...