Wednesday, August 6, 2008
Taufik khuatir emas lebur
Setelah terlantar di hospital ekoran demam denggi, Taufik Hidayat mula khuatir terhadap peluangnya mempertahan pingat emas acara badminton perseorangan lelaki pada Sukan Olimpik XXIX.
Situasi terbaru yang dialaminya itu merupakan tamparan hebat buat bekas pemain No. 1 dunia dari Indone- sia itu yang kerap mengalami kecederaan selain dirundung prestasi hambar sejak setahun lalu.
Begitupun, selepas enam hari dirawat, juara Sukan Asia sebanyak dua kali itu terus menjalani latihan selepas keluar dari hospital Ahad lepas.
"Semua orang kata saya gila kerana terus berlatih selepas keluar dari hospital, tetapi saya rasa sudah sihat sekarang dan mempunyai masa seminggu untuk membuat persiapan.
"Jika saya tidak berlatih, saya tidak akan dapat datang ke China," kata Taufik semalam.
Taufik menganggap pencabar utamanya yang juga pemain No. 1 dunia, Lin Dan sebagai pilihan merangkul pingat emas meskipun pilihan kedua dari Malaysia, Lee Chong Wei juga turut berpeluang melakukannya.
TAUFIK HIDAYAT
Begitupun, dia berkata, Lin Dan mungkin bakal merasai tekanan untuk beraksi di hadapan peminatnya sendiri.
"Mungkin dia akan merasai tekanannya atau dia juga mungkin akan beraksi lebih baik, saya tidak tahu mana satu yang akan dia hadapi nanti," katanya lagi.
Sebelum ini, Taufik mencetuskan kontroversi selepas menuduh bintang China itu sebagai pemain yang bongkak ketika berlangsungnya Sukan Asia 2006 di Doha.
Begitupun, Taufik yang dikenali dengan sifat panas barannya menolak dakwaan bahawa dia mempunyai masalah dengan Lin Dan.
Pada pusingan awal di Beijing, Taufik akan berdepan pemain veteran Malaysia, Wong Choong Hann yang pernah ditewaskannya pada pusingan kedua pada temasya di Athens empat tahun lalu.
"Perlawanan ini nanti akan menjadi perlawanan ulangan empat tahun lepas," tambah Taufik. - AFP
http://www.kosmo.com.my/
No comments:
Post a Comment