Wednesday, August 6, 2008

'Saya bukan taruhan ah long'

Oleh MOHD. TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my




KUALA LUMPUR - Pelakon Wan Nor Azlin Wan Mohd. Husain, 40 (gambar) menyifatkan desas-desus ah long mahukan dirinya menjadi taruhan hutang suaminya, Mohd. Yazli Yaacob sebagai tidak masuk akal.

"Apa yang saya dengar adalah kerja orang gila kerana yang berhutang adalah suami saya. Kenapa pula saya yang hendak dijadikan taruhan?

"Apa juga permintaan ah long untuk melangsaikan hutang dia, saya tidak akan bertanggungjawab,"
jelasnya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, dia tidak akan teragak-agak untuk membuat satu lagi laporan polis sekiranya pihak ah long cuba membuat tawaran tersebut kepadanya.

"Dia (suami) terus menyepikan diri entah ke mana dan saya pula terpaksa berdepan dengan ancaman begini.

"Kami anak beranak terpaksa hidup dalam ketakutan sepanjang masa sejak dia menghilang 30 Julai lalu.

"Nak rindukan dia, jauh sekalilah sebab hidup kami pun jadi tunggang langgang disebabkan perbuatan dia," katanya.

Jelas Wan Nor Azlin lagi, apa yang penting sekarang ialah keselamatan dirinya dan anak-anak.
"Tak perlulah nak kata sayang pada saya tapi fikirkan anak-anak dia yang hendak bermain di luar rumah pun takut.

"Saya tak nak fikir tentang berapa banyak hutang yang dia buat tetapi dia kena selesaikan sendiri,"
ujarnya.


http://www.kosmo.com.my/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...