ent_editor@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Bukan di hotel lima bintang seperti kelaziman artis lain, sebaliknya pelakon jelita Maya Karin (gambar) hanya memilih padang bola sebagai lokasi majlis persandingannya pada 29 Ogos ini.
Maya yang akan bernikah dengan seorang guru, Steven Shorthose pada 14 Ogos di Itali, memilih padang bola di Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) di Kepong sebagai lokasi majlis resepsi perkahwinannya.
Dengan konsep bertemakan alam sekitar, idea pilihan Maya bersesuaian dengan minatnya ke arah memulihara alam sekitar. Kos majlis resepsi berkenaan dianggarkan kira-kira RM60,000.
"Ya, majlis resepsi kami akan diadakan di padang bola di FRIM. Acaranya sangat sederhana dan kami memilih tidak menggunakan banyak peralatan elektrik seperti penghawa dingin dan sebagainya.
"Makanan yang akan dihidangkan juga adalah makanan tempatan. Kami mahu tetamu menikmati makanan yang sihat dan tidak ada makanan yang diimport seperti makanan barat atau strawberi," katanya yang juga merupakan Duta Taman Laut Malaysia.
Menurut Maya, segala dekorasi dan perhiasan pada majlis resepsinya di FRIM nanti akan menonjolkan keunikan tersendiri selain mengandungi elemen-elemen alam.
Seramai 500 tetamu terdiri daripada rakan-rakan artis dan media dijemput untuk menghadiri majlis berkenaan.

No comments:
Post a Comment