Ditulis oleh Bullet On Time & Mat Stringer
Tuesday, 05 August 2008
Di Kota Tinggi, Johor pemimpin Tertinggi UMNO, Datuk Seri Syed Hamid Albar menyifatkan mesyuarat dan pemilihan cawangan UMNO yang sedang berlangsung sekarang, adalah yang paling buruk dalam sejarah.
Beliau berkata politik wang sudah menjadi barah dan semakin merebak sehingga ke akar umbi.Beliau menyifatkan ahli-ahli UMNO mempunyai ‘kemaruk’ yang buruk... semua pihak bertanding seperti hendak berperang
Di bahagian yang sama, Naib Ketua Umno, Mohd Zain Arif, 51, dihina oleh ahli UMNO sendiri dengan menerima satu bungkusan makanan dan bulu anjing,Di Seremban, seorang pemimpin UMNO ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR), petang kelmarin, kerana disyaki memberi sogokan kepada seorang ketua cawangan supaya mencalonkannya sebagai ketua bahagian pada pemilihan bahagian oktober nanti.Di Ipoh, Perak, seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Cawangan Pernas Charter Management (PCM) Bahagian Gopeng cedera di kedua-dua belah kaki akibat dipukul dengan kayu golf selepas seorang rakannya tidak berpuas hati berhubung pencalonan jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian itu, semalam.Begitulah bagaimana ‘gilanya’ ahli-ahli UMNO merebut jawatan kerana semata-mata mahukan kuasa, dalam lain perkataan mereka sudah benar-benar ‘gila’.
Tidak kurang apa yang terjadi di Terengganu.
Di mana-mana sekarang ini bukan setakat lobi dengan ‘air liur’ kerana setakat ‘air liur’ sahaja tidak ada siapa yang akan memilih atau mencalonkan sesiapa.
Peringkat cawangan, ditaja oleh kumpulan atau kelompok di peringkat DUN, yang berpakat untuk menaikkan seseseorang di peringkat Bahagian.
Buletin Online telah memaparkan berita berkaitan Pelbagai ‘Berita Pelik’ Dalam Perlumbaan Merebut Kuasa UMNO Terengganu. Di Kuala Berang baru-baru ini, kegilaan merebut kuasa lain pula ceritanya.
Hasrat Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Petai, Suhaimi Mohd, untuk menjadi Ketua Cawangan tidak tercapai kerana taktik kotor lawannya.
Penyandang jawatan, Kamaruddin (Mad Din) yang juga Pengerusi JKKK Kuala Berang, terus mengekalkan kuasanya apabila beliau dikatakan berpakat dengan Pengerusi Tetap.
Mesyuarat yang berlangsung di Dewan Serbaguna Taman Jalan Pusara Kuala Berang itu ‘kecoh sedikit’ apabila pencalonan Suhaimi Mohd telah ditolak oleh Pengerusi Tetap, Cikgu Abdul Razak (Cikgu Jak).
Alasan Cikgu Jak menolak pencalonan Suhaimi hanyalah kerana kononnya pencadang Mad Din lambat menghantar pencalonan. Tindakan Cikgu Jak dianggap ‘sengaja’ dan menimbulkan kemarahan dikalangan pemuda yang berpihak kepada Suhaimi.Seorang perwakilan pemuda, Mat Ya (bukan nama sebenar) berkata, Cikgu Jak tidak patut menolak cadangan Mahadi (seorang perwakilan lain) yang mencalonkan Suhaimi terlebih dahulu.”Alasan yang diberikan pengerusi amat remeh, Cikgu Jak mengatakan Mahadi tidak layak membuat cadangan kerana berada di tepi dewan, dan bukannya di atas kerusi dalam dewan,
“Cikgu Jak anggap Mahadi sebagai pemerhati,”kata Mat Ya.
Menurut Mat Ya, sepatutnya pengerusi menerima pencalonan Suhaimi, namun beliau berat sebelah dan dengan cepat menutup pencalonan.
Ini adalah contoh benar perebutan jawatan kerana ‘gila kuasa’ yang berlaku di Terengganu, sebagaimana yang disebut Hamid Albar di Johor sebagai ‘kemaruk yang buruk’ !
http://buletinonline.net/
No comments:
Post a Comment