Wednesday, January 28, 2009
Dua isteri mangsa sepak terajang suami kaki judi
KUALA LUMPUR: Bahagia dicari tapi derita yang terpaksa ditanggung dua isteri apabila perkahwinan dibina atas dasar kasih bertukar umpama neraka apabila suami bertindak seperti ahli gusti.
Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai, Goh, 36, berkata dia sering menjadi mangsa pukul suami yang juga tahi judi.
“Saya berkahwin atas dasar cinta dengan seorang lelaki pada 2007. Pada mulanya dia memang budiman, namun saya tidak menyangka dia seorang kaki judi seterusnya menjadikan kehidupan saya bagai malapetaka yang dahsyat.
“Jika dia bermain judi dan kalah, saya akan menjadi mangsa apabila rambut saya digunting, malah anggota badan saya menjadi habuan sepak terajang bertubi-tubi,’’ katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA di sini.
Turut hadir Ketua Biro Aduan Awam MCA, Datuk Michael Chong.
Lebih menyedihkan kata Goh berasal dari Sabah itu, dia turut ditendang dari belakang ketika sarat mengandung Jun tahun lalu.
Menceritakan lanjut, katanya kesakitan akibat ditendang dengan kuat itu menyebabkan dia melahirkan anak tidak cukup bulan.
Seorang lagi mangsa yang dikenali sebagai Cheng, 26, dari Sibu, Sarawak, berkata dia tidak sangka rumah tangga yang dibina beberapa tahun lalu bersama jejaka dari Kajang berakhir dengan perceraian.
Perceraian itu katanya, terpaksa dilakukan apabila suami sering memukulnya, malah menuduhnya ada hubungan dengan lelaki lain.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090128091216/Article/index_html
No comments:
Post a Comment