Penduduk-penduduk kampung Himalaya berdepan dengan ancaman disebabkan pemanasan global yang kritikal.
--------------------------------------------------------------------------------
SAMBIL menikmati pemandangan indah di sebuah lembah, Langtang di banjaran Himalaya, Nepal, tiba-tiba kenangan silam menerjah kotak fikiran Rinjin Dorje Lama. Kenangan itu membawanya mengimbau saat dia masih kecil sekitar tahun 1960-an.
"Kenangan semasa kanak-kanak tidak mungkin dapat dilupakan. Ia adalah satu kenangan yang sentiasa bersama saya," katanya sambil menuding jari ke arah glasier Lirung, sebuah puncak yang dahulunya dikelilingi salji.
"Saya selalu bermain di sungai ais (glasier) dan ia sangat dekat dengan biara. Tetapi kini, glasier itu berada kira-kira dua kilometer jaraknya dari biara," katanya.
Dia menambah: "Saya tak faham kenapa sungai ais boleh hilang. Tetapi saya diberitahu kehilangannya disebabkan oleh pemanasan global," tambah Lama, 57, yang dilihat jauh lebih tua daripada usia sebenarnya.
Lama juga berkata, keadaan sungguh membimbangkan, tetapi apa yang boleh mereka lakukan.
"Kami tidak menyumbang kepada pemanasan global tetapi kesannya dirasai oleh semua pihak. Saya takut sekiranya kami tidak akan merasai ais dan salji untuk tempoh 15 tahun akan datang disebabkan masalah ini," katanya.
Langtang dihuni kira-kira 700 penduduk dengan 4,000 ekor yak.
Menurut kajian jangka panjang Jabatan Hidrologi Nepal, suhu di beberapa lokasi di banjaran Himalaya boleh mencecah sekitar 0.06 darjah Celsius.
BAHAYA bakal mengancam kawasan pergunungan di Nepal akibat perubahan iklim yang terlampau kesan daripada pemanasan global.

Namun, para saintis kanan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberitahu, purata suhu di banjaran itu kini jauh lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya dengan suhu permukaan meningkat sehingga 0.74 darjah Celsius sejak 100 tahun lalu.
"Sekarang saya rasa matahari semakin panas. Kalau dulu, pada musim sejuk salji akan turun sehingga dua meter kedalaman dan kekal berminggu-minggu, tetapi selepas berlakunya pemanasan global, kami dapati salji yang turun hanya sedikit. Kami tidak dapat menduga cuaca sekarang tetapi tahu bahawa bahaya bakal mengancam kawasan pergunungan di Nepal akibat perubahan iklim yang terlampau," kata Lama lagi.
Selepas ais melebur, tasik-tasik mula terhasil. Apabila tekanan menjadi terlalu genting, tasik-tasik yang terbentuk bakal mengundang bahaya. Peleburan ais bakal menghasilkan berjuta-juta padu tan air dan boleh menghanyutkan harta benda, hasil pertanian dan manusia.
Para pengkaji di Pusat Antarabangsa Pembangunan Gunung Bersepadu (ICIMOD) memberitahu, sebanyak lima kali banjir telah dicatatkan di tasik glasier utama sejak tahun 1970 dan sekurang-kurangnya dua kali di Tibet serta sekali di Bhutan.
ICIMOD juga memberi amaran bahawa perubahan iklim yang serius akan berlaku pada Ogos ini.
Menurutnya, kajian menunjukkan kebanyakan masalah berpunca daripada kilang-kilang yang mengeluarkan asap-asap kotor dan bahan-bahan api yang terbakar.
Sementara itu, Ang Tsering Sherpa yang membesar di Nepal di sebelah rantau Everest telah lama menyaksikan perkembangan sebuah tasik glasier yang membimbangkan.
"Sebuah kolam kecil muncul berhampiran glasier Imja pada tahun 1962," kata Sherpa, pemilik sebuah syarikat ekspedisi dan merentasi Himalaya di Kathmandu.
Pada tahun lalu, sebuah pasukan penyelidikan dari Jepun memerhatikan tasik yang terbentuk itu boleh membesar sehingga 1.7 kilometer panjang, 900 meter luas dan 92 meter dalam.
"Jika ais di tasik tersebut mencair , ia akan menjadi seperti tsunami," katanya lagi.
Bayangkan bencana yang terpaksa penduduk kampung hadapi apabila limpahan air dari sebuah tasik beku yang cair membanjiri kampung. Tentunya bencana itu akan menyebabkan kehilangan nyawa, harta dan haiwan ternakan.
Sementara itu, Dana Dunia Hidupan Liar (WWF) menyatakan terdapat kira-kira 2,000 tasik beku terbentuk dan 20 daripadanya bakal mengancam nyawa penduduk.
Pada masa yang sama, penduduk di kawasan banjaran Himalaya dimaklumkan bahawa apa yang berlaku kini adalah berpunca daripada kesan pemanasan global.
Salji dan ais Himalaya adalah satu rizab air tawar terbesar yang menjadi sumber kepada sembilan sungai utama di Asia, termasuk Indus, Gangga dan sungai-sungai lain.
"Dalam jangka masa panjang, ia akan menjadi masalah besar kepada penduduk Asia jika kandungan air dari glasier berkurangan.
"Penduduk kampung begitu bergantung kepada sumber air tersebut," kata pegawai perubahan iklimWWF, Sandeep Chamling Rai. - AFP
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0126&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm

No comments:
Post a Comment