Wednesday, January 28, 2009

Obama dakwa Osama gusar


OBAMA (kanan) ditemu bual oleh wartawan stesen televisyen Al-Arabiya di Washington kelmarin.

--------------------------------------------------------------------------------


WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mendakwa pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden dan Ayman al-Zawahiri semakin gusar kerana bekas Presiden George W. Bush tidak lagi boleh dijadikan alasan sebagai bahan untuk mengambil anggota baru, lapor sebuah akhbar semalam.

Obama dengan yakin menyatakan buah fikiran Osama sudah 'muflis' dan kumpulan militan itu gagal memberikan dunia Islam satu harapan.

Dalam satu temu bual dengan stesen berita Al-Arabiya, Obama berkata, tugasnya kini adalah untuk memberitahu seluruh umat Islam bahawa AS bukan musuh Islam.

"Tidak ada tindakan Al-Qaeda yang menyatakan pendidikan kanak-kanak menjadi lebih baik kerana pergerakan militan atau tahap kesihatan lebih baik kerana mereka," kata Obama kelmarin.

Katanya, semasa ucapan sempena pelantikan beliau sebagai Presiden AS ke-44 pada 20 Januari lalu, masyarakat akan menilai apa yang telah anda bina dan bukan apa yang telah anda musnahkan.

"Apa yang mereka (Al-Qaeda) lakukan ialah memusnahkan banyak perkara.

"Lama-kelamaan, dunia Islam akan mendapati mereka tidak menuju ke mana-mana kecuali lebih banyak kematian dan kemusnahan.

"Tugas saya adalah untuk memberitahu bahawa AS adalan rakan dunia Islam malah bahasa yang kami gunakan ialah bahasa untuk saling-menghormati,"
kata Obama.

Menurut Obama, beliau mempunyai ahli keluarga yang beragama Islam dan pernah menetap di beberapa buah negara Islam.

"Hari-hari yang menyaksikan kesombongan Washington sudah berakhir," kata Obama yang banyak mengubah dasar luar Bush. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0128&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...