Wednesday, January 28, 2009

Sengsara isteri Datuk kasanova


Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Derita bukan kepalang ditanggung seorang wanita bersuamikan Datuk kasanova.

Bukan saja harta dan wang ringgit lebih RM2 juta dikikis sehingga muflis, malah hidupnya sentiasa dalam ketakutan akibat diancam secara mental dan fizikal hampir setiap hari oleh lelaki yang dipercayai gila seks itu.

Wang dan harta jutaan ringgit melalui penipuan dan penyelewengan yang dilakukan terhadap isterinya itu digunakan pula bagi memerangkap wanita berjawatan tinggi.

Disebabkan tidak sanggup menanggung dosa Datuk terbabit, si isteri mahu dikenali sebagai Haslina, berusia 50-an, mendakwa hidupnya umpama mimpi ngeri apabila setiap inci pergerakannya diintip suami yang dikatakan memiliki pengikut setia.

“Saya sudah tak kisah dia hendak ‘main’ dengan wanita lain kerana yang penting mahu keluar dari sangkar derita bersama anak saya.

“Bukan mahu memburukkan suami tapi semua rahsianya dalam genggaman saya, malah teman seksnya yang juga isteri orang juga boleh saya senaraikan satu persatu,”
katanya yang berasal dari sebuah negeri di selatan tanah air.

Apa yang memeritkan, menurut Haslina, setiap pergerakannya dipantau bagi mengelakkan dia mendapat bantuan pihak ketiga supaya tidak mendedahkan kegiatan tidak bermoral suaminya.

“Saya bimbang meninggalkan rumah kerana bimbang tindakan yang tidak diduga suami,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Haslina mendakwa, suaminya sanggup membelasah lima anak mereka jika mengetahui dia keluar rumah tanpa pengetahuannya.

Menurutnya, suaminya bimbang dia mendapatkan bantuan pihak lain dan membocorkan rahsianya yang mempunyai kegiatan seks pelik dengan wanita yang mempunyai suami berpengaruh.

Haslina yang pernah menguruskan pelbagai jenis perniagaan mengakui tidak menyedari suaminya memiliki agenda jahat sebelum berkahwin dengannya pada awal 1990-an.

Kehidupannya didakwa semakin tersepit apabila suaminya yang memiliki kepintaran dalam bidang arkitek itu menggunakan tipu muslihat bagi menyelewengkan dokumen dan memindahkan harta dan wang miliknya tanpa disedari.

“Saya tak tahu mengapa hanya mengikut semua permintaannya tanpa menyedari dia memiliki agenda untuk meranapkan hidup saya.

“Kini, saya bukan saja dimufliskan apabila semua harta dan wang ringgit dilesapkan, malah dia cuba menjadikan saya bahan cacian masyarakat,”
katanya.

Menurutnya, dia tidak tahu mengapa wanita yang menjadi mangsa terus menjalinkan hubungan dengan suaminya.

“Ini bukan sesuatu yang pelik kerana suami mempunyai nafsu seks luar biasa dan gemar menjalinkan hubungan dengan pelbagai jenis wanita. Mangsanya tidak menyedari mereka diperalat untuk kepentingannya.

“Saya sendiri pernah melihat adegan berahi suami dengan beberapa wanita yang dirakamkan melalui telefon bimbit untuk simpanan sebagai persediaan masa depan,”
katanya yang mengakui sudah membuat laporan polis bagi mendapatkan bantuan.

Bagi wanita yang sudah habis ‘[madu’, dakwa Haslina, mereka akan ditinggalkan tetapi dibekalkan dengan hadiah lumayan supaya tidak mengganggu kehidupan suaminya pada masa depan.

Tanpa berselindung, Haslina percaya suami memiliki rangkaian rakaman aksi lucah dan seks dengan wanita yang menjalinkan hubungan dengannya.

“Saya yakin rakaman seks itu menjadi senjatanya. Malah, jika mangsa enggan meneruskan hasrat melakukan hubungan seks atau mendapatkan harta tertentu, rakaman itu akan didedahkan,” katanya yang merayu supaya diselamatkan daripada Datuk kasanova terbabit.

Haslina berkata, dia sudah melakukan pelbagai cara bagi melarikan diri daripada cengkaman suaminya tetapi tidak berjaya, malah terpaksa membiarkan diri diperlakukan apa saja kerana bimbang dicederakan.

Dia percaya suaminya menggunakan ilmu hitam berdasarkan pelbagai jenis tangkal yang dimiliki selain tidak terlepas menggunakan mantera dan kemenyan dalam rumah.

http://www.hmetro.com.my/Wednesday/BeritaUtama/20090128082936/Article

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...