Wednesday, January 28, 2009

Keluarga restui Rauf Bangladesh

Oleh KHAIRI MOHAMAD
mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my



Naina

--------------------------------------------------------------------------------


Nor Syuhada

--------------------------------------------------------------------------------



KOTA BHARU - "Kalau betul dia sukakan lelaki itu, saya minta dia kahwin secara baik sebab saya tidak mahu dia melakukan perkara tidak elok.''

Demikian permintaan Naina Mohamad Sultan, 70, bapa kepada Nor Syuhada yang menghilangkan diri setelah keluar dengan seorang buruh kontrak yang dipercayai warga Bangladesh.

Menurutnya, tindakan itu adalah jalan terbaik jika Nor Syuhada benar-benar memilih lelaki tersebut dan pihak keluarga bersedia menerima pilihannya itu.

"Kami bersedia menerima lelaki itu sebagai suaminya asalkan Nor Syuhada pulang semula ke pangkuan kami.

"Kami semua tidak pernah berniat untuk memarahinya, dia insan biasa dan tidak lari daripada kesilapan,''
katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada memang benar Nor Syuhada sebelum ini hendak dijodohkan oleh keluarga dengan rakan abangnya yang merupakan seorang ustaz, Naina Mohamad mengiyakannya.

"Memang benar, sebelum ini kami pernah merancang untuk menjodohkannya dengan ustaz tersebut dan dia tidak membantah.

"Bagaimanapun, perkara tersebut tidak dapat diteruskan memandangkan ustaz itu tidak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana faktor fizikalnya yang lebih kecil berbanding Nor Syuhada,''
ujarnya.

Nor Syuhada yang merupakan pelajar tahun tiga jurusan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu dikatakan menghilangkan diri dari kampusnya di Gombak sejak Julai tahun lalu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0128&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...