JAKARTA - Indonesia akan mengemukakan permohonan kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) untuk menemu bual seorang suspek serangan bom Bali yang kini ditahan di penjara Teluk Guantanamo, Hambali (gambar) , kata polis semalam.
Presiden AS, Barack Obama pada minggu lalu menandatangani perintah eksekutif untuk menutup penjara kontroversi itu dalam tempoh setahun.
Jurucakap polis Indonesia, Abubakar Nataprawira berkata, pihaknya beberapa kali memohon untuk menemu bual Hambali atau anma sebenarnya Riduan Isamuddin ketika era pemerintahan bekas Presiden George W. Bush tetapi Jakarta diberikan peluang soal siasat yang terhad.
"Kami perlukan akses untuk menemu bual Hambali bagi merungkai siri kejadian pengeboman di Indonesia," kata Abubakar.
Hambali ditangkap di Thailand ketika AS melakukan operasi bagi memberkas kumpulan militan sebelum dia dihantar ke Teluk Guantanamo. - Reuters
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0128&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm

No comments:
Post a Comment