Wednesday, November 3, 2010

Harga RON95 dijamin kekal




SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberikan jaminan petrol RON 95 tidak terlibat dengan kenaikan RON97 sebanyak 5 sen berkuat kuasa semalam. Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kenaikan RON97 adalah dibuat melalui perbincangan bersama Kementerian Kewangan dan syarikat pengeluar minyak secara bulanan mengikut pasaran dunia.

“Kita mengapungkan RON97, jadi KPDNKK tidak lagi mengawal dan memberikan subsidi kerana ia tidak digunakan oleh kebanyakan rakyat.

”Jadi rakyat tidak perlu risau dengan kenaikan itu malahan ia melibatkan pasaran minyak dunia,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, RON97 berkemungkinan naik dan turun setiap bulan bergantung penilaian yang dilakukan pihak tertentu. Semalam, kerajaan menaikkan minyak RON97 di pasaran tempatan sebanyak 5 sen menjadikannya kepada RM2.15 disemua tempat serentak.Katanya, kementeriannya hanya memantau kenaikan harga minyak petrol bersubsidi, RON95 dan diesel sahaja.

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8364792.asp

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...