Suryani, 20, melakukan kesalahan itu di alamat UTNT Mobile Suppliers Sdn.Bhd. Jalan Bukit Bintang, di sini, jam 6.25 petang, 9 Oktober lalu.
Dia yang bekerja sebagai pembantu rumah didakwa memperdayakan pembantu kedai, Yee Theim Choy, 33, dengan menyatakan bahawa majikannya, Wong Choong Siong menyuruhnya mengambil sebuah telefon bimbit jenama Nokia 5800.
Mengikut fakta kes, kejadian itu disedari Choong Siong ketika menutup akaun urusan jual beli di kedainya dan mendapati RM725 telah hilang iaitu jumlah harga telefon bimbit jenama Nokia 5800.
Setelah meneliti kamera litar tertutup (CCTV) syarikat, dia mendapati Suryani datang mengambil telefon itu tanpa pengetahuan majikannya.
Pegawai Pendakwa, D R Ghanthi Nathan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana tertuduh melakukan kesalahan itu dengan niat dan duit hasil jualan telefon tersebut digunakan tertuduh untuk tujuan peribadi.
Bagaimanapun, peguam Choi Kien You yang mewakili Suryani memohon hukuman ringan.
Majistret, Abdullah Siddiq Mohd Nasir akhirnya membenarkan hukuman denda RM1,000 dengan seorang penjamin.
No comments:
Post a Comment