Friday, December 17, 2010

Dr M ajak rakyat simpan emas






TUN Dr Mahathir Mohamad menyeru rakyat Malaysia agar menjadikan emas simpanan berbanding mata wang seperti kebanyakan orang lakukan di masa kini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, simpanan berbentuk emas lebih menguntungkan kerana nilai emas lebih terjamin, sementara nilai mata wang bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.

Beliau berkata, simpanan emas menguntungkan kerana jika ingin dijual harganya sentiasa meningkat dan ia boleh membantu orang ramai menghadapi inflasi.

Katanya, orang ramai boleh menyimpan emas dalam bentuk barang kemas mudah didapati di seluruh negara dan ia mampu dimiliki.

Sebelum itu, Dr Mahathir melancarkan produk emas Geneva Malaysia di Kuala Lumpur.

Majlis itu turut dihadiri Presiden Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi (MSAF), Ahmad Khairuddin Ilias; Pengerusi Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia (GBEAM), Datuk Ng Poh Weng; Timbalan Pengerusi GBEAM, Khairulanuar Tun Abdul Rahman; Datuk Sunny Yee Yuen Seng; dan Datuk Chin Wai Leong.

Emas Geneva adalah jongkong emas pelbagai berat dihasilkan Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi (MSAF) dan Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia (GBEAM).

http://www.sinarharian.com.my/sh/com/content/story8528201.asp

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...