SHAH ALAM, 16 Dis: Kerajaan Negeri Selangor hari ini menafikan dakwaan pencerobohan tanah rezab kubur Bukit Enggang akibat kegiatan pengorekan pasir haram seperti laporan akhbar Berita Harian pada 8 dan 10 Disember lalu.
Exco Kerajaan negeri, Dr Yaakob Sapari berkata, operasi curi pasir yang sedang berjalan bukan di kawasan tanah kerajaan di Bukit Enggang yang dipohon oleh JAIS untuk tujuan tapak perkuburan seluas 74.5 ekar.
"Kegiatan curi itu bukan berlaku di tanah kerajaan seperti di Ulu Sungai Long, Mukim Hulu Langat antaranya di loy 3506, 3507, 5343, 5380 dan 3505 tetapi hak milik peribadi namun di bawah pemantauan pihak berkuasa.
"Semua kegiatan curi pasir telah dipantau dan diintip sepanjang 2010 sekitar 30 kali serta tindakan merampas sebuah mesin excavator pada 6 Februari, dua bateri (10 Mac) dan sebuah excavator (8 Disember).
"Dengan ini, laporan akhbar itu yang mendakwa tanah rezab perkuburan Islam seluas 72 hektar diceroboh disangkal dan tidak benar sama sekali kerana yang berlaku adalah di atas tanah hak milik peribadi bukan di tanah kerajaan," tegasnya dalam sidang akhbar di pejabatnya, petang tadi.
Dalam pada itu, Dr Yaakob mengalu-alukan tindakan mana-mana akhbar yang benar dan sahih kerana dengan pendedahan yang dilakukan agensi berita itu bakal memudahkan tindakan penguatkuasaan dilakukan.
Beliau juga menegaskan, cadangan akan dikemukakan sendiri kepada SPRM untuk menyiasat mana-mana pegawai kerajaan yang terlibat di dalam memberikan perlindungan kepada penjenayah.
Kebetulan wartawan Berita Harian, Sarah Sulaiman turut hadir dan menyuarakan pandangannya berdasarkan tinjauan selama empat bulan terakhir ini ke atas tanah seperti tulisannya.
Beliau turut menyatakan laporan yang dilakukan adalah berdasarkan dakwaan yang dibuat oleh seorang penduduk bernama Don yang disifatkannya sebagai samseng di tempat itu.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29891:selangor-nafi-ceroboh-tanah-rizab-kubur&catid=1:utama&Itemid=50
No comments:
Post a Comment