Friday, December 17, 2010

Hakim benarkan pengasas WikiLeaks diikat jamin


JULIAN ASSANGE menuju ke bilik perbicaraan di Mahkamah Tinggi London semalam.


LONDON - Pengasas laman web WikiLeaks, Julian Assange dibenarkan diikat jamin oleh seorang hakim Mahkamah Tinggi, Duncan Ouseley semalam.

Hakim tersebut membuat keputusan itu selepas menolak satu rayuan yang meminta Assange dipenjarakan semasa dia berusaha menentang penghantarannya ke Sweden dari Britain.

Dia dikehendaki di Sweden atas dakwaan merogol dan mencabul dua wanita.

Penyokong-penyokong Assange perlu membayar ikat jamin AS$317,000 (RM993,801) untuk membebaskannya.

Assange perlu mematuhi beberapa syarat ketat termasuk mematuhi perintah berkurung selama dua jam setiap hari, melaporkan diri kepada polis pada setiap hari dan memakai penanda elektronik.

Laman web miliknya sebelum ini menyiarkan satu siri kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS) yang mengandungi maklumat sulit melibatkan perbualan diplomat-diplomat AS dengan pemimpin-pemimpin dunia.

Lebih 250,000 kabel diplomatik didedahkan di laman tersebut.

Maklumat mengenai senjata nuklear AS juga didedahkan di laman berkenaan. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1217&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...