Friday, December 17, 2010

Menteri diingatkan jangan ubah laluan lebuhraya

Dis 16, 10 8:34pm

Kerajaan negeri Selangor tidak akan bersetuju dengan sebarang cadangan baru untuk merobohkan 80 rumah di Taman Bakti, Ampang bagi membina Lebuhraya Besraya yang baru dari Sungai Besi ke Pandan Indah.

"Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah membentangkan cadangan alternatif yang tidak melibatkan perobohan rumah, di mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada 25 November 2010.

iskandar abdul samad"Sebelum itu, saya dan penduduk tempatan telah membantah cadangan asal yang melibatkan perobohan rumah," kata exco perumahan, pengurusan bangunan dan setinggan Selangor, Iskandar A Samad.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, cadangan asal itu telah dibuat ketika pentadbiran kerajaan BN di Selangor.

"Walau bagaimanapun, kerajaan sekarang telah mengarahkan LLM membentangkan cadangan alternatif kepada MTES.

"Oleh itu, setelah cadangan alternatif dipersetujui, kerajaan negeri tidak akan bersetuju jika LLM mahu lebuhraya itu dibina menurut cadangan asal yang akan merobohkan rumah-rumah penduduk," tegasnya.

Iskandar berkata, beliau difahamkan bahawa Menteri Kerja Raya akan melawat Taman Bakti esok.

"Maka oleh itu, saya hendak mengingatkan beliau agar tidak akan mengubah laluan lebuhraya yang telah dipersetujui di antara kerajaan negeri sekarang dan LLM dalam mesyuarat MTES itu," tambahnya.

http://malaysiakini.com/news/151022

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...