ABU DHABI - Perayaan Hari Natal yang akan menjelang tidak lama lagi disambut dengan gaya yang lebih mewah oleh hotel Emirates Palace di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dengan memaparkan pokok Krismas yang dihiasi barang kemas bernilai lebih daripada AS$11 juta (RM35 juta), kelmarin. Pengurus Besar hotel itu, Hans Olbertz berkata, pokok Krismas yang berketinggian 13 meter itu adalah antara yang paling mahal di dunia setakat ini. "Ia turut dihiasi dengan barang kemas seperti rantai, anting-anting dan 181 batu berharga seperti berlian, mutiara, zamrud dan batu-batu yang bernilai tinggi dalam pasaran," kata Khalifa Khouri, pemilik Style Gallery yang membekalkan batu-batu berharga tersebut. Olbertz berkata lagi, pokok Krismas itu sudah bernilai AS$10,000 (RM31,000) dan nilai keseluruhan pokok itu berjumlah lebih AS$11 juta (RM35 juta). Hiasan dengan gaya penuh kemewahan itu mungkin akan disenaraikan di dalam Guinness book of World Records dan pihak hotel Emirates Palace bercadang untuk mempamerkan pokok Krismas itu sehingga akhir tahun ini. http://www.sinarharian.com.my/sh/com/content/story8528157.asp |
No comments:
Post a Comment