Saturday, January 29, 2011

Kemelut MAYC: Aduan ke SPRM kait Syed Hamid

Kemelut MAYC: Aduan ke SPRM kait Syed Hamid
Salhan K Ahmad
Jan 28, 11
5:10pm

Sekumpulan pemimpin Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap jawatankuasa tertinggi persatuan tersebut.

Jurucakap kumpulan itu, Akhramshah Muammar Ubaidah Sanusi berkata laporan itu antara lain melibatkan pentadbiran MAYC ketika di bawah bekas menteri kanan, Tan Sri Syed Hamid Albar.

NONE"Laporan ini dibuat terhadap jawatankuasa lama (MAYC). Jawatankuasa lama ini dipimpin oleh Tan Sri Syed Hamid. Jadi tak boleh kata dia tidak terlibatlah.

"Laporan ini tentang pengagihan peruntukan daripada kemeterian belia dan sukan kepada MAYC di mana dirasakan ada salah laku.

"Pada masa sama disertakan dokumen-dokumen sebagai bukti contohnya Laporan Tahunan MAYC Kebangsaan ke-50.

Pelantikan pengarah syarikat

"Laporan yang dikemukakan dalam satu lagi AGM pada 26 September itu mengandungi laporan kewangan (yang dipertikaikan)," kata Akhramshah dalam satu sidang media selepas aduan tersebut dibuat.

Turut dikemukakan ialah beberapa dokumen carian syarikat, dipercayai melibatkan pelantikan individu tertentu dalam lembaga syarikat yang dimiliki MAYC.

mayc protest 220111 groups sealing off"Pada masa sama kami juga mengemukakan dokumen carian syarikat. MAYC mempunyai banyak syarikat jadi kami telah membuat penyiasatan tentang perjalanan syarikat-syarikat tersebut," katanya.

Akhramshah bagaimanapun enggan menjelaskan butiran laporan berkenaan serta kaitan dengan laporan yang dikemukakan.

"Kita terhad untuk dedahkan butirannya kerana ia sebahagian daripada siasatan," katanya.

Akhramshah juga berkata laporan kepada SPRM hari ini juga melibatkan perjalanan AGM MAYC pada 26 September yang didakwa "dijalankan dengan penuh kecacatan."

Dalam AGM 26 September itu, seorang presiden baru daripada kem Syed Hamid – Mustaffa Mat Arop – dipilih.

Akhramshah yang merupakan anak kepada bekas menteri kabinet Tan Sri Sanusi Junid itu pula dipilih sebagai presiden baru MAYC dalam AGM yang diadakan sebelumnya – pada 31 Julai.

Kedua-dua mesyuarat berkenaan bagaimanapun telah dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan Belia.

'Sembunyi salah laku kewangan'

Akhramshah mendakwa, antara sebab mesyuarat (26 September) itu dijalankan dengan penuh kecacatan ialah untuk menyembunyikan salah laku kewangan yang lepas.

Oleh itu, beliau berkata, pihaknya tidak ada cara lain selain memajukan aduan kepada SPRM sebagai langkah seterusnya.

mayc protest 220111 ahmad ansor muhd rivai batubara akhramsyah sanusi azmi ismailDalam pada itu, Akhramsyah turut menyatakan harapannya supaya menteri belia dan sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek menyelesaikan kemelut berkenaan melalui kuasanya sebagai menteri.

"Kami tidak ada kepercayaan terhadap ketua setiausaha (kementerian) Datuk Mohid Mohamed kerana beliau telah mempengerusikan panel penyelesaian pertikaian tentang mesyuarat agung kami.

"Tapi kelihatan ada konflik kepentingan kerana beliau juga merasmikan mesyuarat 26 September. Jadi beliau terlibat dalam mesyuarat agung bagi menyembunyikan salah laku dalam MAYC," tegasnya.

Tiga orang pemimpin berkenaan, termasuk wakil sekretariat gabungan NGO Melayu Perak, Ahmad Ansor Muhd Rivai Batubara sebelum itu menghabiskan masa lebih dua jam di bangunan SPRM Kuala Lumpur bagi mengemukakan laporan tersebut.

http://malaysiakini.com/news/154765

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...