PENA: Pinda Interlok tak selari 'keputusan' dialog
Jimadie Shah Othman
Jan 28, 11
5:29pm
Jan 28, 11
5:29pm
Keputusan meminda bahagian 'sensitif' dalam novel Interlok yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam didakwa tidak 'selari' dengan hasil perbincangan pelbagai NGO Melayu dan India sebelum ini.
Presiden Persatuan Penulis Nasional (PENA) Mohamad Saleeh Rahamad mendedahkan, dalam dialog pelbagai pihak bertelingkah di Putrajaya sebelum ini tiada sebarang kata putus terhasil.
"Semua bersetuju terima teks itu tetapi dengan mengambil kita kenyataan daripada MIC. Soal pindaan tidak timbul (dalam dialog itu). Kami tetap bertegas tiada pindaan (harus dibuat)," katanya.
Pada 18 Januari lalu, Kementerian Pelajaran menganjurkan dialog tertutup novel Interlok melibatkan pelbagai pihak - antaranya MIC, PENA, Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan ahli akademik - bagi mencari penyelesaiaan terhadap isu itu.
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Puad Zarkashi yang mempengerusikannya tidak mendedahkan butiran perbincangan sebaliknya hanya memberitahu ia antaranya memperincikan rasional dan justifikasi pemilihan Interlok sebagai teks sastera di sekolah menengah.
Setelah hampir dua minggu, Muhyiddin semalam mengumumkan Interlok kekal digunakan sebagai oleh pelajar tingkatan lima dengan membuat pada pindaan bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India.
Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Mohamad Saleeh juga mempertikaikan sikap penentang novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain yang didakwa sentiasa berubah-rubah.
"MIC bukan hanya hendak pinda, tetapi tolak. Dulu (kata masalah perkataan) paria saja, sekarang dah timbul pula (bahagian) sensitif," kata pengulas sastera terkenal itu.
Sementara itu, ditanya tindakan lanjut PENA ekoran pengumumnan itu, Mohamad Saleeh berkata, NGO Melayu akan berkumpul dalam masa terdekat membincangkan tindakan lanjut mereka.
Pertemuan itu, tambahnya, dianjurkan oleh Majlis Perundingan Melayu yang dianggotapi pelbagai NGO daripada seluruh Malaysia.
"Kita akan adakan adakan pertemuan dengan NGO lain dan kita akan rangka pelan tindakan baru. Dah ada jadualnya, dalam masa terdekat," katanya yang belum mahu mendedahkan butiran lanjut pertemuan itu.

http://malaysiakini.com/news/154767
No comments:
Post a Comment