Jan 28, 11
12:51pm
Manakala tol konsesi Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat yang menghubungkan persilangan Salak dan persilangan Taman Connaught, di ibu negara ditamatkan.
Tempoh konsesi sepatutnya tamat 2018.
Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi ini.
Katanya, pembekuan dan penamatan konsesi tol itu dijangka berkuatkuasa setelah urusan dokumentasi pada Mei ini.
"Di samping itu, saya juga telah meminta supaya tempoh konsesi tidak dilanjutkan dan yang lebih penting lagi tiada pampasan akan diberi oleh kerajaan untuk semakan tol tertunggak," katanya.
Menurut Najib, penutupan tujuh tahun lebih awal itu akan memberi manfaat kepada 39 juta pengguna jalan raya.
"Inisiatif ini adalah manifestasi kesungguhan kerajaan untuk mencari penyelesaiaan berhemah dalam isu tol," katanya.
Plus? Satu-satulah...
Pada sidang media di pejabatnya di Putrajaya pagi ini, Najib juga menjelaskan keputusan itu berikutan permintannya kepada pemegang konsesi supaya mengkaji semula struktur tol sebagai langkah membantu kerajaan mengurangkan beban rakyat.
Sementara itu, ditanya tentang kenaikan tol di lebuh raya utama lain, seperti Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), Najib berkata, ia akan ditangani secara berperingkat.
"Nantilah dulu. Satulah-satulah. Ada peringkat-peringkatnya (kena buat). Saya ada banyak lagi nak umum ini," katanya berseloroh.
Diajukan soalan yang sama sekali lagi, perdana menteri menjelaskan perkara itu kini "dalam proses".
"Ini bukan (keputusan) tiba-tiba. Ini proses," katanya.
"Apa yang dah sedia, kita jalan dululah."
Sementara itu, diminta mengulas laporan stesen berita antarabangsa, CNN bahawa beliau menteri tekanan kepada Arab Saudi bagi menyiasat dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima dana dari negara teluk, Najib enggan mengulasnya.
"Saya tidak mahu komen. Itu (hal) Arab Saudi kan," katanya ringkas.
http://malaysiakini.com/news/154722
No comments:
Post a Comment