Wednesday, March 23, 2011

Batalkan loji nuklear, kata KM Pulau Pinang

Batalkan loji nuklear, kata KM Pulau Pinang
Mac 21, 11 3:57pm

Kerajaan persekutuan sepatutnya membatalkan hasratnya membina dua loji tenaga nuklear di negara ini, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Pada masa yang sama, Lim berkata jika ada sebarang perancangan bagi membina loji itu di tanah Pulau Pinang, ia akan terus ditolak.

NONE“Kerajaan negeri ingin menyatakan pendirian bahawa kita tidak akan bersetuju dengan rancangan kerajaan persekutuan bagi membina loji teanaga nuklear di negara ini.”

Dalam surat terbukanya kepada Menteri Teknologi Hijau, Tenaga dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui, setiuasha agung DAP itu juga melahirkan kebimbangannya mengenai tahap keselamatan rakyat Malaysia.

"Mengambil kira Jepun - di sebalik kepakaran dan kecanggihan teknologinya - kini menghadapi krisis nuklear yang paling buruk sejak tragedi Chernobyl 25 tahun lalu. Justeru, rancangan Malaysia bagi membina loji sendiri mesti dibatalkan.

"Kita mesti ambil kira juga bahawa kehebatan kita dalam bidang pelakuran nuklear masih terhad jika dibandingkan dengan Jepun.

“Lebih-lebih lagi, negara yang lebih maju dari segi teknologi seperti Jerman dan China, negara ekonomi kedua terbesar di dunia telah membatalkan rancangan (membina loji nuklear) di negara masing-masing.

"Keselamatan rakyat Malaysia mesti menjadi keutamaan dan kita tidak patut mengambil risiko memperjudikan nasib mereka,” katanya.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/159232

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...