Wednesday, March 23, 2011

Siasatan video seks, polis panggil wartawan, editor

Mac 23, 11 10:42pm

Polis telah memulakan siasatan terhadap sekumpulan individu yang mendakwa mempunyai rakaman video seks membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Beberapa pengamal media telah dipanggil polis hari ini bagi membantu siasatan berhubung pendedahan video klip itu, yang ditayangkan untuk tontonan umum pihak media di Hotel Seri Carcosa di ibunegara Isnin lepas.

Difahamkan mereka dipanggil untuk memberitahu secara terperinci mengenai tayangan klip itu yang ditayangkan oleh satu kumpulan Datuk T.

Turut dipanggil ialah beberapa lagi wartawan kanan dan editor dari New Straits Times, The Star dan Malay Mail, yang juga merupakan kumpulan pertama melihat klip video berkenaan.

Keterangan mereka diambil di sebuah Ibu Pejabat Polis di Kuala Lumpur.

Siasatan itu dibuat ekoran laporan polis yang dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam, yang menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video berkenaan.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/159501

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...