Wednesday, March 23, 2011

MB: Yayasan Selangor mampu belanja RM250,000

Salhan K Ahmad
Mac 23, 11
7:42pm

Menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau tidak takut dalam menghadapi dakwaan berhubung perbelanjaan yang dibuat untuk menyambut ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor.

Khalid berkata yayasan itu mempunyai wang yang cukup untuk menampung perbelanjaan berjumlah RM250,000 itu.


"Tapi sudah tentu menteri besar peka kalau orang rasa kita belanja mewah. Itu tanggungjawab saya sebab kita tidak mahu duit amanah rakyat disalahgunakan," katanya lagi.

Menurutnya, jumlah itu jauh lebih rendah berbanding wang yang dimiliki yayasan berkenaan.

"Itulah sebabnya (kos) perayaan RM250,000 itu agak sedikit (untuk) Yayasan Selangor. Dia dah ada duit, jadi dia gila hendak menggunakan duit tersebut.

"Jadi itu sebabnya kita tahan (daripada digunakan oleh Yayasan Selangor).

"Maknanya Yayasan Selangor mempunyai dana yang cukup untuk itu," katanya lagi dalam satu sidang media khas hari ini.

Tambahnya, beliau telah meminta pengurusan Yayasan Selangor termasuk pengurus besarnya menjalankan tugas dengan baik.

"Kalau tidak, kontraknya tidak akan disambung," tegasnya.

Menjawab soalan, Khalid berkata beliau tidak akan memecat pengurus besar itu, Ilham Marzuki yang didakwa gagal mengurus yayasan berkenaan.


http://malaysiakini.com/news/159494

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...