Wednesday, March 23, 2011

Nazri: Tiada yang tonton 'video lucah' di parlimen

Joseph Sipalan
Mac 22, 11
12:42pm

Tidak ada sesiapa yang menonton 'video lucah' yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang di parlimen, semalam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

NONEKatanya, beberapa ahli parlimen cuba 'mencari video' berkenaan melalui internet tetapi menegaskan tidak ada seseorangpun yang berjaya menjumpai video tersebut sehingga sekarang.

"Saya terkejut ketika baca laporan itu. Saya ada di situ (di dewan ahli parlimen), saya sedang berjalan ke situ dan mereka sedang melihat (pada sesuatu) dan saya tanya apa mereka buat dan katanya mereka semua sedang tonton movie lucah ini.

“Dari situ saya tahu. Tetapi ikhlas sehingga hari ini bila saya tanya jika mereka dah tengok video itu, mereka kata tidak," katanyasemasa diwawancara di pejabatnya di parlimen.

“Malah sehingga jam 9.30 malam, ketika saya berjalan di parlimen, tiada sesiapa yang jumpainya... Saya fikir ini dilaporkan dengan salah.

"Dan adalah tidak betul mengatakan hanya anggota parlimen BN. Ada juga anggota parlimen lain. Laporan itu salah sama sekali," katanya.

Semalam, sebuah portal berita mendakwa sekumpulan ahli parlimen menonton 'pita lucah' itu pada komputer riba di kawasan merokok, lobi parlimen.

Komputer riba itu bagaimanapun didakwa dirampas apabila berita tersebar mengatakan video berkenaan sedang dipertontonkan di parlimen.

Tidak salah

Mengulas 'tayangan video aksi seks' di hotel Carcosa Seri Negara, semalam, Nazri bertegas tidak salah bagi penganjur di sebalik tayangan itu berbuat demikian.

azlanAwak bagi tau apa yang salah. Semua orang kata ia melanggar undang-undang, tetapi bagi tahu saya, undang-undang mana? Sesiapa yang tahu, perlu tampil dan maklumakan kepada kami,” katanya.

Menurutnya, jika tayangan yang diaturkan oleh seseorang individu yang hanya dikenali sebagai Datuk T dibuat untuk mencari keuntungan, maka ia satu kesalahan.

Ditanya sama ada tayangan rakaman itu menyalahi undang-undang, Nazri berkata, "ditayang untuk wang, ya, mungkin ia."

"Ia adalah movie lucah. Tetapi kita semua tahu bahawa beliau memang berhasrat untuk buat laporan polis, dan beliau hanya mahukan editor-editor sebagai saksi-saksi.

“Perkara pokok adalah video lucah itu dan pelakonnya (dalam video itu)," katanya.

anwar and lim kit siang with hadi awangNazri juga mencemuh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membuat penafian bahawa lelaki dalam video itu adalah dirinya dan berkata tiada sesiapa yang menuduh beliau.

"Ini sepatutnya tontonan orang tertentu. Ia belum dikeluarkan. Kenapa beliau menafikan? Tak ada orang kata apa-apa. Laporan itu hanya mengatakan seorang pemimpin pembangkang, siapa dia? Dia boleh (Lim) Kit Siang, boleh jadi Hadi (Datuk Seri Hadi Awang)," katanya.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/159312

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...