Wednesday, March 23, 2011

MP Bdr Kuching: Persaraan Taib muslihat lama

Stephen Tiong
Mac 20, 11
8:23pm

Ahli parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen berkata beliau tidak hairan dengan pengumuan hasrat Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk berundur daripada jawatan ketua menteri Sarawak.

Chong Chieng Jen speaking to reporters in KuchingBeliau telah membuat kenyataan sebegitu 20 tahun lepas, dan
beliau masih membuatnya (pengumuman) 20 tahun kemudiannya. Saya tak tahu sama ada beliau masih akan membuat kenyataan tersebut 20 tahun kemudiannya selepas membuat kenyataan itu sekarang,” kata Chong (kanan).

Katanya, bagi Taib membuat kenyataan sejurus sebelum pilihan raya negeri adalah satu petunjuk yang beliau sendiri sedar yang beliau telah terlalu lama menyandang jawatan tersebut.

“Tiga puluh tahun sebagai ketua menteri, sudah mencukupi. Tambahan pula, terdapat banyak soalan yang tidak terjawab mengenai harta keluarganya di dalam dan luar negara," kata Chong, yang juga setiausaha DAP Sarawak.

Katanya, kenyataan Taib tidak memberi sebarang makna dan satu-satunya cara supaya Taib benar-benar meletakkan jawatan ialah jika pembangkang menafikan BN majoriti dua pertiganya dalam dewan undangan negeri, atau jika parti pemerintah kalah sekurang-kurangnya 24 daripada jumlah 71 kerusi.

“Ini akan memaksa beliau meletakkan jawatan,” katanya.

najib abdul razak and taib mahmud in sarawak 190311“Dan beliau akan 100 peratus bersara atau meletakkan jawatan jika
pembangkang menang sekurang-kurangnya 36 kerusi untuk menumbangkan BN," tambahnya.

Chong berkata kemenangan besar BN dalam pilihan raya negeri akan meningkatkan peluang untuk Taib mengekalkan jawatannya.

"Gesaan saya kepada rakyat ialah jika anda mahu Taib berundur, beri kemenangan kepada pembangkang di sekurang-kurangnya 24 kerusi, jika pun tidak 36 kerusi, dalam pilihan raya negeri yang akan datang," tambahnya.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/159173

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...