Wednesday, March 23, 2011

Pita seks: Anwar buat laporan polis

Pita seks: Anwar buat laporan polis
Mac 22, 11 11:51am

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur bagi membuat laporan polis berhubung pita video seks yang dipertontonkan kepada media, semalam.

NONEBeliau diiringi tidak kurang 50 penyokongnya dan ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR, tiba pada jam 10.45 pagi.

Anwar, pada sidang media petang semalam, menafikan lelaki yang mirip wajahnya dalam video 17 minit yang dipaparkan melakukan hubungan seks dengan seorang gadis di sebuah hotel yang tidak dikenali, adalah dirinya.

Hadir sama, ahli parlimen dan pemimpin PKR lain seperti R Sivarasa, Tian Chua dan M Manikavasagam, setiausaha PAS Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, naib presiden PKR N Surendran dan ketua pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin.

NONEAnwar kemudian masuk ke balai polis dengan ditemani Surendran, ketua biro undang-undang PKR, Latheefa Koya dan peguam Fadiah Nadwa Fikri.

Penyokongnya yang menanti di luar membawa dua sepandulkyang melabelkan video berkenaan sebagai 'Fitnah II++' dan tertera perkataan 'bangun wahai rakyat... bangun demi keadilan'.

Di samping itu mereka juga melaungkan “Reformasi” dan “Hancur BN”.

Lenyapkan karier

Anwar yang selesai membuat laporan jam 12 tengahari tadi mendakwa video seks itu sebagai cubaan melenyapkan karier beliau sebagai ketua pembangkang.

"Bolehkah di negara ini kita lihat di (hotel) Carcosa Seri Negara dan beberapa tempat lain notis diberikan untuk tayangan video lucah?

NONE“Satu kesalahan dan jenayah berat dibiarkan dan ini tidak mungkin tanpa penglibatan perdana menteri dan menteri dlm negeri dan pihak atasan PDRM," katanya di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Beliau juga menggesa polis bersikap profesional selain tidak membiarkan agensi itu dimanipulasi ahli politik Umno-BN.

Menurut Anwar, tayangan video lucah terbuka merupakan kesalahan jenayah dan indvidu yang bertanggungjawab perlu didakwa.

"Ini menunjukkan polis memilih. Kalau saudara tentang dan hina Anwar, boleh lakukan segala jenayah. Boleh pukul, boleh sebar kenyataan video lucah. Ini terbukti dan saya mahu tindakan diambil.”

NONEJusteru, ketua pembangkang itu memberi amaran kepada kerajaan supaya tidak mengulangi kekejaman mereka sebagaimana yang dilakukan pada 1998 sehingga melibatkan penderaan fizikal terhadap dirinya.

"Saya beri ingatan kepada menteri dalam negeri, jangan guna laporan polis untuk menutup kesalahan jenayah mereka dan mengugat kerja saya dalam politik.

'Siasat Port Dickson'

"Kenapa kes Port Dickson masih belum disiasat secara terperinci? Saya akan lawan mereka," kata Anwar sambil disahut laungan penyokong-penyokong yang hadir.

Negara digemparkan dengan pendedahan video seks lucah oleh individu bernama Datuk T di hotel Carcosa Seri Negara semalam.

seri carcosa 3Dalam laporan polis yang diedarkan kepada wartawan, Anwar berkata tindakan mereka di sebalik video berkenaan ada berunsur jenayah, intimidasi jenayah, penayangan video lucah dan konspirasi melakukan jenayah terhadapnya.

Individu yang bergelar Datuk T semalam turut mengugut untuk mededahkan video tersebut kepada umum sekiranya Anwar dan isteri yang juga presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak meletakkan jawatan dalam masa seminggu.


http://malaysiakini.com/news/159305

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...