Wednesday, March 23, 2011

Video seks: ABIM ingatkan jenayah qazaf

Mac 22, 11 4:47pm

Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM) mengingatkan tentang kesalahan Qazaf dalam sistem perundangan Islam yang menanti pembuat "dakwaan liar'' di luar prosiding perundangan tanpa saksi mencukupi.

Presiden ABIM Dr Muhamad Razak Idris berkata, hal itu selari prinsip utama Maqasid Syariah atau tujuan Undang-undang Islam bagi untuk melindungi maruah individu dan memelihara hubungan antara manusia.

NONE"Dalam hal ini, ABIM memandang berat sebarang pertuduhan serta dakwaan liar berupa fitnah yang dilakukan di luar lingkungan prosiding perundangan yang telah digariskan seperti membawa para saksi yang mencukupi di samping ikrar daripada individu yang dituduh," katanya.

Mengulas pananyangan video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga bekas pemimpin ABIM, Dr Muhamad Razak berkata, kegagalan memenuhi prasyarat yang ditetapkan akan meletakkan pihak yang terlibat dalam hukuman jenayah Qazaf.

Ia juga turut menafikan haknya sebagai saksi di masa-masa akan datang, tambah Dr Muhamad Razak.

NONEDalam konteks perundangan negara yang unik pula, tambahnya, mangsa tuduhan berhak mendapat perbicaraan dan membela dirinya sama ada melalui perundangan sivil atau erbicaraan Mahkamah Syariah.

"Justeru, ABIM menggesa agar semua pihak menghormati segala ketetapan syariah yang telah digariskan oleh Syariah untuk kebaikan bersama," katanya.

"ABIM juga meminta sebarang perbincangan serta perbicaraan kes hanya dilakukan oleh autoriti-autoriti yang berkenaan menerusi perundangan yang telah ditetapkan di samping mengelak untuk membicarakannya secara meluas tanpa dilandasi sebarang etika."

http://malaysiakini.com/news/159356

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...