Thursday, June 30, 2011

12 petikan anti-BERSIH - versi Bernama

12 petikan anti-BERSIH - versi Bernama
Jun 29, 11 12:19pm


Rancangan pihak tertentu untuk terus mengadakan perhimpunan pada 9 Julai di ibu negara walaupun tanpa permit menimbulkan pelbagai reaksi umum yang bimbang terhadap implikasi buruk daripada perhimpunan itu.

Lebih membimbangkan lagi jika ada pihak ketiga yang cuba mengambil kesempatan daripada perhimpunan itu untuk kepentingan tertentu.

najib tun razak may 2011Berikut antara petikan pendapat umum mengenai rancangan mengadakan perhimpunan haram tersebut:

"Perhimpunan haram 9 Julai ini sebenarnya digerakkan oleh pihak yang tidak sabar untuk berkuasa dan bukannya kerana pilihan raya di negara ini tidak bersih.

"Tindakan kumpulan pengacau itu mengadakan perhimpunan haram itu adalah untuk mendapatkan kembali sokongan yang mereka dapat semasa pilihan raya umum 2008 memandangkan kini momentum sokongan rakyat kembali berpihak kepada BN." - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak

"Orang awam tidak sepatutnya terlibat dengan perhimpunan berkenaan yang hanya akan menimbulkan masalah kepada ketenteraman awam.

NONE"Saya memantau keadaan ini, lagi pun sudah beratus-ratus laporan kita terima yang tidak menyokong perhimpunan ini." - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (kanan)

"Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta penjawat awam supaya tidak terlibat dengan kegiatan 9 Julai ini.

"Semua 1.2 juta penjawat awam di negara ini terikat dengan Aku Janji yang ditandatangani ketika mereka mula berkhidmat yang melarang mereka terlibat dalam aktiviti seperti itu." - Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman

"Bersih dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk memajukan agenda politik tersendiri dan tidak sama sekali memperjuangkan hak-hak rakyat seperti yang diperkatakan.

suaram human rights award 091208 rs thanenthiran"Sememangnya pilihan raya di Malaysia adalah dijalankan dengan adil dan saksama dan buktinya ialah bilangan ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri daripada pihak pembangkang ketika ini." - Presiden Parti Makkal Sakti Datuk RS Thanenthiran (kiri)

"Perhimpunan ini hanya akan menyusahkan orang ramai dan menjejaskan pendapatan peniaga kecil dan pemandu teksi yang antara mereka merupakan anggota persatuan itu.- Pemangku Presiden Persatuan Bekas-bekas Polis Malaysia (PBPM) Datuk Yusuf Hamdain Diego

"Tindakan mengadakan perhimpunan itu bukan sahaja bakal menyebabkan kesusahan kepada orang ramai bahkan menjejas imej negara yang selama ini menyerlah di mata dunia.

"Apa perlu adanya demonstrasi? Kita faham kalau dah ramai berdemonstrasi, pastinya keadaan tidak akan aman apatah lagi bila berlaku pertembungan dua kumpulan. Yang menjadi mangsa ialah rakyat."- Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) Syed Anuar Syed Mohamad

NONE"Budaya demonstrasi yang berlaku di beberapa negara lain harus dijadikan iktibar bahawa ia boleh menjejaskan keselamatan, keamanan dan ekonomi sesebuah negara." - Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee

"Kalau nak lakukan sesuatu, kita juga perlu fikirkan kepentingan rakyat. Dengan adanya perhimpunan itu nanti, ia akan mengundang kesesakan lalu lintas dan menjejaskan rutin harian serta pendapatan rakyat seperti peniaga kecil dan pemandu teksi." - Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) Amir Amsaa Alla Pitchay

"Sudah tiba masanya pihak berkuasa bertindak dengan lebih tegas menyekat kegiatan yang boleh menjejaskan kepentingan awam dan keselamatan negara dan menyarankan kepada polis agar menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap perancang perhimpunan." - Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman

bersih rally 271207 05"Perhimpunan itu tidak memberi faedah kepada sesiapapun, malahan ia menyusahkan pemandu teksi mencari rezeki serta kehidupan seharian orang awam." - Pemandu teksi, Samad Ismail, 43

"Perhimpunan ini perlu dibatalkan kerana bukan sahaja ia menjejas pendapatan peniaga tetapi turut mengancam keselamatan" - Pemilik kedai tas tangan dan perhiasan wanita, Rosyna Alias, 48

bersih rally 271207 02"Jika berlaku perhimpunan, ia mengganggu rutin harian wanita hingga mengakibatkan mereka takut untuk keluar dan terpaksa tinggal di rumah supaya tidak terdedah kepada bahaya.

"Waktu hujung minggu adalah waktu beriadah tapi apabila berlaku perhimpunan haram seperti ini kita terpaksa terperuk dan berkurung di rumah." - Pekerja swasta Muliana Mohamad, 26

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/168331

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...