Thursday, June 30, 2011

Pegawai di JPM didakwa salah nyataan penipuan

Hafiz Yatim
Jun 29, 11
12:10pm

Sebuah syarikat di Johor hari ini memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendakwa seorang pegawai khas kepada perdana menteri, sebuah syarikat dan dua yang lain atas tuduhan menipu.

Lelaki dengan gelaran "Datuk Seri" itu dikatakan berkhidmat dengan jabatan perdana menteri dan bertanggungjawab menguruskan projek.

Beliau didakwa menipu syarikat tersebut untuk memindahkan RM250,000 ke akaunnya bagi projek kerjasama melombong pasir di tanah seluas 50ha di Mukim Tanjung Dua Belas yang dikatakan telah 'diluluskan' oleh Jabatan Alam Sekitar.

Plaintif itu, Nice Garden Sdn Bhd, mendakwa terdapat salahnyataan penipuan oleh defenden apabila mereka dapati kelulusan oleh Jabatan Alam Sekitar itu adalah palsu.

Ia menamakan Infra Penaga Sdn Bhd, Datuk Seri Hasan Ayoub, Datuk Abdul Samad Othman dan Adnan Shah Che Yusoff sebagai defenden.

Adnan dan Abdul Samad adalah juga pengarah Infra Penaga.

Dalam kenytaaan tuntutannya yang difailkan tahun ini, Nice Garden mendakwa pihak defenden, termasuk Hasan yang mendakwa sebagai pegawai khas PM bersetuju dengan projek usahasama itu dan memeterai perjanjian pada 20 Ogos 2010.

Nice Garden mendakwa ia membayar RM250,000 pada 26 April tahun lalu sebagai deposit awal bagi projek yang telah mendapat lesen bagi melombong pasir.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/168330

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...