Thursday, June 30, 2011

Anwar dipanggil polis

Anwar dipanggil polis
Regina Lee
Jun 28, 11
3:41pm

Semakin ramai penyokong dan penganjur perhimpunan BERSIH 2.0 disiasat polis.

NONEJika sebelum ini, pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Srenaavaasan dan Saterawan Negara, Datuk A Samad Said dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung himpunan aman rakyat pada 9 Julai depan, kali ini giliran ketua pembangkang pula.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil memberi kenyataan dipercayai berhubung seruannya kepada rakyat agar menyertai himpunan BERSIH 2.0 dalam satu ceramah di Brickfields, Kuala Lumpur.

Menurut satu kenyataan Biro Komunikasi PKR lewat malam semalam, Anwar diminta hadir jam 5 petang di IPD Dang Wangi.

Orang kanan Anwar yang juga timbalan presiden PKR Azmin Ali juga dirakamkan kenyataannya oleh pihak polis di lobi parlimen hari ini.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/168244

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...