Thursday, June 30, 2011

Pemuda Umno nafi mahu bakar pejabat PKR

Pemuda Umno nafi mahu bakar pejabat PKR
Jimadie Shah Othman
Jun 28, 11
3:30pm

Pemuda Umno menafikan mengugut mahu membakar ibu pejabat PKR di Petaling Jaya ketika berkumpul di perkarangannya malam tadi.

lokman adam sd johari bn ceramah permatang pauh by election 220808 01Sebaliknya, menurut exco pergerakan itu Lokman Noor Adam (kanan), beliau dimaklumkan bahawa terdapat seorang pemimpinnya berucap:

"Sekiranya PKR meneruskannya juga perhimpunan pada 9 haribulan ini, kita ada pastikan pejabat PKR tidak ada di sini".

Bagaimanapun, tegasnya, beliau sendiri tidak ada mendengar kenyataan itu dikeluarkan dalam perhimpunan mereka malam tadi.

"Ini tidak membawa maksud kita mahu membakar. Kalau mahu kita boleh beli sahaja bangunan itu," katanya sambil mendakwa PKR mempunyai masalah dengan pemilik bangunan itu yang tidak lagi percaya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEDalam kejadian semalam, Setiausha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menganggarkan kira-kira 300 orang bermotosikal berkumpul dan menuntut PKR agar menarik balik sokongan kepada perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.

Beliau juga mendakwa sempat merakam "ucapan berapi-api Lokman yang berbaur hasutan" Lokman yang kelihatan hadir bersama bekas Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah.

Dakwanya lagi, Lokman ada mengeluarkan kenyataan mahu membakar ibu pejabat PKR dan pihaknya mempunyai rakaman bagi membuktikannya.

'Bedebu pun tidak'

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Lokman menjelaskan, Pemuda Umno berhimpun di ibu pejabat lawan politiknya itu cuma bagi memberikan isyarat jelas bahawa mereka tidak genter dengan perhimpunan BERSIH dua minggu lagi.

NONE"Kami tidak ada kata hendak jahanamkan pejabat PKR. Sebagai manusia bertamadun, kita tidak buat perkara itu.

"Berdebu pun tidak pejabat PKR," katanya sambil menafikan beliau mengeluarkan ucapan berbaur hasutan.

Malah, tambahnya, pihaknya juga ada merakamkan perhimpunan mereka yang boleh membuktikan bahawa kenyataan Saifuddin hari ini tidak benar.

"Saya sedih, kalau orang seperti Saifuddin pun tidak ada integriti, bagaimana pula dengan pemimpin PKR yang lain," katanya sambil menyifatkan kenyataan Saifuddin sebagai "lawak bodoh".

Lagi pun, tambahnya, perhimpunan mereka cuba berlangsung sebentar sahaja.

"Belum pun pihak polis sempat minta bersurai, kita sudah bersurai," kata Lokman yang juga bekas exco Pemuda PKR sewaktu dipimpin Ezam Mohd Noor sebelum ini.


http://malaysiakini.com/news/168240

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...