Thursday, June 30, 2011

Polis siasat PSM kerana cuba hidupkan komunisisme

Polis siasat PSM kerana cuba hidupkan komunisisme
Jun 28, 11 4:29pm


Polis menjalankan siasatan menyeluruh terhadap Parti Sosialis Malaysia (PSM) selepas didakwa cuba menghidupkan semula fahaman komunis di negara ini, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.

NONEBeliau berkata, polis menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut termasuk mengambil kira bahan bukti yang dirampas daripada 31 aktivis PSM yang ditahan polis baru-baru ini.

"Banyak persediaan yang mereka (aktivis) sudah lakukan seperti mengedarkan risalah dan memakai baju T yang berunsurkan fahaman itu bagi tujuan untuk menghasut rakyat membenci kerajaan.

"Polis akan mengambil tindakan tegas bagi memastikan mereka menghentikan perbuatan yang menyalahi undang-undang dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 122, Kanun Keseksaan kerana berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat ketiga "Ops Lusuh" bersama Celcom Axiata Berhad, yang bertujuan mengenal pasti tindakan untuk membanteras vandalisme.

Mohd Bakri berkata, siasatan itu juga dibuat demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara terpelihara.

"Tindakan yang dilakukan aktivis ini boleh mengkucar-kacirkan negara...kita akan pastikan bahawa kes ini dapat diselesaikan dalam masa yang singkat," katanya.

NONEPada Sabtu lalu, polis menahan 31 orang aktivis PSM termasuk Anggota Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj di plaza Tol Sungai Dua, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Kumpulan berkenaan yang menaiki sebuah bas persiaran dalam rangka kempen mengedarkan risalah berkaitan perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang dijadualkan 9 Julai ini.

Kempen mereka ditumpukan ke bandar-bandar kecil di Semenanjung Malaysia sejak 24 Jun lalu.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/168254

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...