Thursday, June 30, 2011

Burma usir, senarai hitam Michelle Yeoh

Burma usir, senarai hitam Michelle Yeoh
Jun 28, 11 1:40pm

Bintang Hollywood Malaysia Datuk Seri Michelle Yeoh, yang melakonkan watak pejuang pro-demokrasi Aung San Suu Kyi dalam filem terbarunya telah diusir oleh rejim tentera Burma dan disenarai-hitamkan.

NONE"Beliau tidak mempunyai peluang memasuki Burma lagi. Beliau diusir keluar sebaik penerbangan pertama tiba di lapangan terbang antarabangsa Yangon,” kata seorang pegawai Burma kepada AFP.

"Beliau kini disenarai-hitamkan,” kata pegawai kedua tanpa memberitahu alasan berbuat demikian.

Yeoh berjumpa dengan Pemenang Hadiah Nobel bagi Keamanan itu di kediamannya di Yangon Disember lalu selepas merakamkan adengan filemnya yang dirahsiakan di bawah arahan pengarah Perancis Luc Besson di Thailand.

Filem berkenaan dijangka ditayangkan lewat tahun ini.

Suu Kyi dibebaskan November lalu selepas dikenakan tahanan rumah selama tujuh tahun.

[Baca berita penuh]



http://malaysiakini.com/news/168221

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...