Thursday, June 30, 2011

PM: Kaedah lama belum tentu menang perang baru

Jun 25, 11 4:02pm

Datuk Seri Najib Razak berkata yang paling penting bagi Umno dan BN sebagai parti politik adalah untuk berjaya dalam pilihan raya kerana menurutnya dalam politik hanya kemenangan membawa erti.

NONEJusteru itu, perdana menteri dan presiden Umno itu berkata dalam pilihan raya tidak ada istilah naib johan, seperti mana dalam sesuatu pertandingan biasa yang turut menyediakan hadiah untuk naib johan.

"Untuk pilihan raya hanya johan sahajalah yang ada erti dan makna bagi kita...dan kita semua sedar bahawa menjadi naib johan bererti kita kalah dalam waktu pilihan raya.

"(Dan) kita tahu nasib parti yang kalah," kata Najib ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Selayang di Perangsang Templer Golf Club di Rawang hari ini.

Perdana menteri berkata yang penting dalam keadaan dan landskap politik hari ini adalah untuk melakukan pembaharuan dan pembugaran kerana kalau menggunakan cara dan kaedah lama "kita boleh menang perang lama, perang baru tidak tentu lagi".

--Bernama

http://malaysiakini.com/news/168014

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...