Srikandi PKR sasar 10,000 anggotanya sertai BERSIH
Hafiz Yatim
Jun 28, 11
1:15pm
Jun 28, 11
1:15pm
Sayap pemudi PKR - Srikandi akan menggerakkan tidak kurang 10,000 ahlinya bagi perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini.
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata keutamaan akan diberi kepada ahli parti itu di Selangor dan Wilayah Persekutuan tetapi berharap setiap cawangan akan dapat menghantar 50 ahli.
Katanya, di sebalik ancaman oleh polis untuk menggagalkan perhimpunan itu, PKR akan terus mengerahkan ahlinya supaya datang bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.
"Kita sedang kerjasama dengan Dewan Muslimat PAS dan juga Wanita DAP untuk menggerakkan tenaga wanita dari seluruh negara untuk menyokong perhimpunan ini.
"Kami berharap sekurang-kurangnya 50 peratus peserta perhimpunan BERSIH adalah wanita.
"Selain (gesaan untuk) pilihan raya bersih, wanita di seluruh negara juga dibebankan dengan kenaikkan harga barangan, yang menyebabkan bebanan kepada pengguna.
"Kami akan gunakan peluang ini untuk menuntut hak kami,” kata ahli parlimen Ampang itu pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.
Zuraida berkata telah sekian lama maruah dan peranan wanita di negara ini diketepikan dengan memberikan contoh jenayah yang dilakukan terhadap wanita dan kekurang peluang ekonomi.

"Wanita di Malaysia perlu buktikan kepada BN kita juga berupaya menekan pihak berkuasa untuk melakukan perubahaan,” katanya.
[Baca berita penuh]
[Baca berita penuh]
http://malaysiakini.com/news/168213
No comments:
Post a Comment