BERSIH alu-alukan demo Pemuda Umno
Jimadie Shah Othman
Jun 17, 11
11:06am
Jun 17, 11
11:06am
BERSIH mengalu-alukan keputusan Pemuda Umno untuk turut sama berhimpun dan berarak pada masa dan tempat yang sama dengan mereka pada 9 Julai ini.
Anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya tidak akan cuba menghalang pergerakan itu kerana setiap pihak mempunyai hak berhimpun.
"Kami tidak akan cuba hentikan mereka. Mereka mempunyai hak berhimpun dan begitu juga kami.
"Kami menghormati hak masing-masing. Mereka hendak berhimpun atau berjalan, itu hak mereka," katanya.
Malam tadi, Pemuda Umno memutuskan berhimpun 'berdamping' dengan BERSIH bagi menyokong sistem pilihan raya sedia ada. Butiran lanjut bagaimanapun belum diumumkan.
Sebelum ini, PERKASA juga mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan pada masa dan tempat yang sama.
Jika semuanya menjadi kenyataan, tiga kumpulan tersebut dijangka bertembung pada hari berkenaan.
kumpulan itu 'sebenarnya sama'
Ditanya sama ada pihaknya beranggapan bahawa tindakan itu merupakan provokasi, Maria berkata:
"Perhimpunan kami aman. Kalau ada provokasi, bukan datang daripada kami. Kami tidak keluarkan sebarang kenyataan (provokasi) dan menegaskan menolak keganasan."
Mengulas berhubung kemungkinan berlaku pertembungan antara pihaknya dengan Pemuda Umno dan PERKASA, Maria secara berseloroh menyifatkan kedua-dua kumpulan itu "sebenarnya sama."
Dalam perkembangan berkaitan, Maria memberitahu sebanyak 2,000 kemeja-t rasmi BERSIH berwarna kuning akan mula diedarkan pada Ahad ini sewaktu pelancaran perhimpunan itu di ibu negara.
Menurut Maria, ia akan dijual dengan harga RM15 setiap satu.
Akan diedarkan juga pengikat kepala BERSIH dan risalah menjelaskan lapan tuntutan mereka beserta satu risalah berhubung persempedanan semula kawasan pilihan raya, tambah Maria.
Selain ucapan wakil NGO yang menyokong perhimpunan itu, majlis tersebut juga akan menayangkan dokumentari ringkas berhubung pembelian undi dalam pilihan raya, termasuk kejadian dalam pilihan raya Sarawak baru-baru ini.

"Kami undang semua wakil parti politik tidak kira daripada pembangkang dan kerajaan untuk memberikan sokongan," katanya lagi.
http://malaysiakini.com/news/167188
No comments:
Post a Comment