BERSIH: Pemuda PAS hantar memo pada Suhakam
Abdul Rahim Sabri
Jun 16, 11
5:40pm
Jun 16, 11
5:40pm
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menuntut semua pihak menghormati kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman dalam perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.
Exco Pemuda PAS, Suhaizan Kayat menyerahkan memorandum itu kepada pegawai Suhakam, Shahizad Sulaiman jam 3.35 petang ini.
Turut sama ialah beberapa pemimpin PAS Pusat dan Pemuda PAS Johor termasuk exco Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan dan peguam Zulhazmi Shariff.
Dalam memorandum tersebut, Suhaizan memetik kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar hari ini bahawa polis tidak akan mengeluarkan permit untuk perhimpunan BERSIH kerana dikhuatiri ia mengancam keselamatan negara, mengganggu sosio-ekonomi, keadaan trafik dan aktiviti perniagaan.
"Kenyataan ini dengan jelas (menunjukkan) polis tidak menghormati Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kebebasan kepada rakyat untuk mengadakan perhimpunan secara aman," katanya.
Menurutnya, perkara 27 Akta Polis (akta 344) berhubung kuasa mengawalselia perhimpunan, perjumpaan atau perarakan adalah bertujuan untuk menjayakan objektif kebebasan bersuara dalam perlembagaan, dan bukannya menghalang kebebasan.
Laporan polis
Selain itu, Suhaizan turut menyelar pihak yang membuat laporan polis, yang didakwanya "untuk menggagalkan" perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini.
"(Ia) adalah suatu tindakan tidak menghormati kebebasan bersuara dan berhimpun tanpa senjata," memorandum itu dipetik.
Dalam aduan lisannya, Suhaizan mendakwa kenyataan Khalid itu bersifat prejudis dan sepatutnya beliau perlu bersikap lebih profesional.
"Sepatutnya beliau terima (dahulu) permohonan (permit daripada BERSIH).
"Kita kecewa dengan semua ini. Pemuda PAS minta Suhakan memberi penegasan kepada polis dan NGO (lain) supaya menghormati perkara 10," katanya.
Sementara itu, Zulhazmi turut membidas polis yang memberi amaran untuk membuat 'tangkapan pencegahan' sebelum berlangsungnya perhimpunan tersebut.
Beliau berkata, tidak ada peruntukan untuk membuat tangkapan pencegahan.
"Macam mana nak tangkap, sedangkan kesalahan itu belum berlaku," katanya.
'Salah siapa?'
"Diumumkan akan ada tangkapan pencegahan, bila? Kita tak tahu...Jadi sesiapa sahaja yang ada di Kuala Lumpur, contohnya di Sogo pada 8 Julai, (mereka) akan menanggungnya," katanya.
Jika terjadinya perkara itu, Zulhazmi mempersoalkan siapa yang bertanggungjawab menyebabkan kerugian atau peniaga menutup kedai.
"Siapa yang menyebabkan kerugian, sunyi sepi (ibu kota) kerana peniaga tutup kedai. Salah siapa? Salah penganjur atau polis?" katanya.
Beliau juga turut membidas campurtangan pihak lain yang didakwanya cuba membuat kacau di perhimpunan tersebut.
"Sepatutnya pihak satu lagi yang nak buat kacau perlu diberi perhatian," katanya.
Sementara itu, Mohd Sany pula menyatakan janji Pemuda PAS untuk menjaga ketenteraman dan keselamatan ketika perhimpunan tersebut.
Ia berdasarkan pengalaman sayap PAS itu terlibat dengan banyak perhimpunan seumpama itu sebelum ini.
"Kita hadir untuk menuntut pilihan raya yang adil. Kita tidak akan mencetuskan huru-hara dan mengganggu keselamatan negara. Harap polis dapat berlaku adil,"tegasnya.
Sementara itu, dalam reaksinya terhadap memorandum itu, Shahizad berkata, beliau akan memanjangkannya kepada suruhanjaya itu untuk dibincangkan dan diputuskan untuk tindakan lanjut.

Katanya, beliau hanya mewakili pesuruhjaya lain kerana ada di kalangan mereka mempunyai urusan di luar, termasuk berada di Sabah.
http://malaysiakini.com/news/167147
No comments:
Post a Comment