Jun 15, 11 6:18pm
Penjual kereta, pengedar dan pengguna diminta bertenang kerana kerajaan sedang berusaha mencari jalan penyelesaian terhadap masalah berhubung pelaksanaan Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) yang mula dilaksanakan hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata ketiga-tiga pihak ini bimbang, kerana akta tersebut memperuntukkan pemeriksaan tambahan ke atas kereta terpakai sebelum ia dijual, yang menurut mereka akan mengakibatkan kos tambahan dan kelewatan.
Oleh kerana itu mereka bimbang, termasuk dalam soal peruntukan baru berhubung penyediaan wang muka, katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.
Pada 9 Jun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa penjual kenderaan terpakai dikehendaki membayar RM90 sebagai yuran pemeriksaan kepada Puspakom yang melakukan pemerikaan sebelum jualan boleh dibuat.
Di bawah akta ini, penjual boleh meminta deposit 10 peratus daripada pembeli.
Selain itu terdapat tambahan 14 item kenderaan yang perlu menjalani pemeriksaan tidak seperti sebelumnya hanya empat item.
"Saya akan berbincang dengan menteri (Ismail Sabri) dan cuba mengemukakan penyelesaian yang baik," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengedar Kereta Kuala Lumpur & Selangor dan Syarikat Kredit (KLSCDCCA) Khoo Kah Jin berkata pemeriksaan empat item sekarang adalah memadai untuk perlindungan keselamatan.
Selepas sidang akhbar itu, Koh bertemu Ismail Sabri untuk membincangkan perkara berkenaan dengan wakil-wakil dari KLSCDCCA.
- Bernama

http://malaysiakini.com/news/167036
No comments:
Post a Comment