Friday, June 17, 2011

Tiada permohonan permit untuk perarakan 9 Julai

Tiada permohonan permit untuk perarakan 9 Julai
Regina Lee
Jun 17, 11
6:10pm

Tidak ada permit polis yang dikeluarkan untuk mana-mana tiga perhimpunan yang dirancang diadakan di Kuala Lumpur pada masa yang sama 9 Julai depan.

Menurut polis, ini kerana tidak ada pihak yang memohon untuk mendapatkan permit tersebut.

"Kami tidak menerima sebarang permohonan untuk mendapatkan permit. Semua kumpulan ini kata, mereka akan mendapatkan permit polis, mereka hanya cakap saja," kata pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Amar Singh Ishar Singh.

NONEDitanya sama ada pihak polis akan mengeluarkan permit jika ada
permohonan dibuat, beliau berkata, pihaknya sedang melihat kepada keadaan senario keseluruhan dan menimbangkan tindakan yang perlu diambil.

Menurutnya, lebih 400 laporan polis telah dibuat terhadap perhimpunan tersebut, merujuk kepada aduan terhadap perarakan yang dianjurkan oleh BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (BERSIH 2.0) mengumumkan ia merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran di ibunegara bagi mendesak pembaruan pilihan raya dan menyerahkan petisyen kepada Istana Negara.

Kemudian, NGO Melayu - PERKASA - mengumumkan ia akan mengadakan perhimpunan balas bagi menghalang penyokong BERSIH 2.0 'menimbulkan masalah' dengan presidennya, Datuk Ibrahim Ali berjanji akan "lawan habis-habisan".

Terbaru, Pemuda Umno pula mengumumkan semalam bahawa pergerakan itu akan menganjurkan perhimpunan sendiri untuk menyokong sistem pilihan raya ini.



http://malaysiakini.com/news/167260

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...