Friday, June 17, 2011

Dakwa ditipu: Peneroka Jengka pula saman Felda

Dakwa ditipu: Peneroka Jengka pula saman Felda
Hafiz Yatim
Jun 17, 11
1:04pm

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berdepan dengan satu lagi saman - kali ini dari 711 peneroka rancangan Jengka, Pahang yang memfailkan saman RM344 juta berhubung dakwaan berlaku penipuan dan pecah amanah.

Sebelum ini, Felda disaman oleh peneroka dari Kelantan, Johor dan Negeri Sembilan.

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Temerloh melalui peguam Ms Daim & Gamany pagi ini, dengan menamakan Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd, sebagai defendan.

azlanDalam kenyataan tuntutan mereka, peneroka berkenaan mendakwa mereka terikat oleh Felda untuk hanya menghantar hasil kelapa sawit kepada Felda Palm Industries sahaja.

Mereka mendakwa sentiasa dibayar mengikut kadar perahan gred Kadar Perahan Asas (OER) sejak 15 tahun yang lalu - purata 18.5 peratus seperti yang dinyatakan dalam Akuan Penerimaan BTS - resit yang diberikan bagi setiap lori yang menghantar tandan buah sawit.

Peneroka berkenaan mendakwa tidak ada bukti jelas yang menunjukkan bagaimana Felda Palm Industries menetapkan kadar yang berbeza itu, yang diberikan setiap hari di setiap tempat penghantaran.

Peneroka mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena apabila mereka menyedari yang mereka tidak mampu menyamai kadar lebih tinggi yang diperakukan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

Peneroka, melalui wakil mereka, menghantar contoh rawak hasil buah kelapa sawit mereka kepada makmal bebas untuk menilai kadar sebenar OER.

Keputusan ujian makmal itu menunjukkan kadar purata lebih tinggi sebanyak 27 peratus, yang bermaksud perbezaan purata 8.5 peratus berbanding kadar yang digunakan oleh defendan kedua.

azlanPeguam mendakwa mereka mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa pada 2008, 711 peneroka dari 16 rancangan Felda Jengka telah menghantar purata hasil 120 tan setiap seorang.

Peneroka terbabit dibayar oleh Felda pada purata harga RM560 setan pada tahun yang sama.

Dengan menggunakan angka kekurangan 8.5 peratus itu, Felda telah menyebabkan setiap peneroka kerugian RM257.60 setan, iaitu kira-kira RM30, 912 bagi tahun 2008 sahaja.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/167208

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...