Tuesday, January 13, 2009
Bush tolak permintaan serang Iran
WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush menolak beberapa permintaan Israel pada tahun lalu untuk memperoleh bekalan senjata dan kebenaran melancarkan serangan terhadap Iran, lapor sebuah akhbar semalam.
Perkara tersebut didedahkan oleh seorang wartawan New York Times, David Sanger dalam satu artikelnya yang disiarkan semalam.
Sanger berkata, Israel memohon kepada White House pada awal tahun lalu untuk menyerang kompleks nuklear utama Iran.
Israel juga memohon bom khas untuk memusnahkan kubu dan peralatan mengisi minyak pesawat serta kebenaran menggunakan ruang udara Iraq bagi menyerang Iran.
"Bagaimanapun, permintaan itu ditolak kerana White House bimbang sekiranya AS dilihat membantu menyerang Iran dengan membenarkan ruang udara Iraq digunakan oleh Israel.
"Washington bimbang perkara itu akan mencetuskan kemarahan sekali gus menyebabkan tentera AS diusir dari Iraq," katanya.
Projek pengkayaan uranium Iran menimbulkan rasa kurang Israel kerana ia didakwa boleh menjadikan negara itu kuasa nuklear dunia.
Namun Iran menyatakan program itu adalah untuk menjana tenaga elektrik. - Agensi
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0112&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm
No comments:
Post a Comment