Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
nanhidayat.nanazmie@kosmo.com.my
AMIRUL HADI ZAINAL (kiri) bakal ketuai jentera Selangor pada pertemuan menentang Johor FC malam ini.
--------------------------------------------------------------------------------
SERI dua kali berturut-turut dalam perlawanan Liga Super sebelum ini ternyata memeningkan kepala jurulatih Johor FC, Ramlan Rashid.
Meskipun masih kebal dengan rekod tanpa kalah, Ramlan mengakui anak buahnya kini 'tengah berubat' bagi mengatasi 'penyakit' tersebut sekali gus menghadirkan kemenangan.
Malah, perlawanan menentang Selangor di Stadium Jcorp, Pasir Gudang malam ini juga disifatkan hadir tepat pada masanya, tambahan pula pasukan lawan begitu selesa menerajui takhta liga dengan tiga kemenangan berturut-turut setakat ini.
"Meskipun Selangor merupakan pasukan yang dianggap bahaya tambahan pula prestasi terkini mereka dilihat begitu konsisten, saya harap pemain Sang Lebah dapat mempelajari sesuatu dan mengelak badi seri pada perlawanan malam esok (malam ini).
"Paling utama, setiap pemain Johor FC harus bermain untuk kemenangan, bukannya sekadar mengharap keputusan seri," katanya kepada Kosmo! semalam.
Johor FC yang mengumpul lima mata kini di tangga ketujuh liga manakala Selangor masih unggul dengan sembilan mata.
Selain kedua-dua pasukan tersebut, satu lagi pasukan yang masih kebal dengan rekod tanpa kalah ialah KL Plus yang kini menghuni tangga kedua.
Mengulas lanjut, Ramlan turut membayangkan akan mengekalkan kesebelasan pemain yang sama kecuali terpaksa melupakan khidmat Mohd. Ezaidy Khadar yang baru kematian ibu tercinta baru-baru ini.
"Saya percaya barisan pemain yang dipimpin ketua pasukan, Wan Rohaimi Ismail mampu menterjemahkan setiap gerakan yang menarik bagi merealisasikan hasrat menyekat Gergasi Merah itu.
"Selain itu, kelibat ayam tambatan Selangor seperti Safee Sali juga harus dirantai sepanjang 90 minit perlawanan kelak," ujarnya optimis.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm

No comments:
Post a Comment