Tuesday, January 13, 2009
Pertandingan ratu cantik Britain dibatalkan
RATU Cantik Britain 2007, Gemma Garrett. - Gambar hiasan
LONDON - Pertandingan ratu cantik Britain kini menjadi mangsa terbaru krisis kewangan yang melanda negara berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.
Pertandingan itu dijadual diadakan di Hotel Grosvenor di London pada bulan depan tetapi ia terpaksa dibatalkan kerana kekurangan penaja yang terjejas akibat krisis ekonomi dunia.
Penganjur pertandingan tersebut, Robert de Keyser memberitahu, mereka gagal menarik tetamu jutawan yang sudi membeli meja pada majlis itu.
Keyser berkata, pertandingan berprestij yang mula dianjurkan 64 tahun lalu bakal diadakan pada tarikh lain pada tahun ini.
Bagaimanapun, beberapa sumber memberitahu bahawa pertandingan ratu cantik itu mungkin tidak dapat dianjurkan langsung pada tahun ini. - Agensi
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0112&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm
No comments:
Post a Comment