Tuesday, January 13, 2009

Umno USJ 1 lumpuh,100 ahli sertai PAS


SUBANG JAYA, 12 Jan (Hrkh) - Umno USJ 1 yang terdiri daripada cawangan Angsana dan Subang Mewah lumpuh apabila 100 orang ahlinya menyertai PAS selepas menyerahkan borang keahlian yang diserahkan dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Hotel 3K Majlis Perbandaran Subang Jaya, di sini semalam.

Kedua-dua cawangan ini terletak di bawah Umno bahagian Kelana Jaya yang diketuai oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Selangor,Tan Sri Muhammmad Mohd Taib.

Penyerahan 100 borang kemasukan keahlian PAS itu yang diketuai oleh bekas ahli Umno cawangan Angsana USJ 1, Azli Sham kepada Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor,Dato’ Dr. Hasan Ali.

Bekas ahli Umno itu berkata, beliau mengambil keputusan keluar dari parti itu untuk mendapat kebenaran selepas pimpinan Umno bahagian itu tidak lagi bersih dengan mengunakan kemudahan rakyat untuk kepentingan sendiri.

“Saya tidak bersetuju apabila Pengerusi Umno bahagian Kelana Jaya sebelum ini menukar nama dewan masyarakat kepada dewan parti sehingga menyebabkan tidak semua golongan boleh menggunakan kemudahan itu.

“Pada mulanya selepas membuat keputusan menyertai PAS, saya mensasarkan kira-kira 50 bekas ahli Umno yang lain terdiri daripada pemuda dan puteri Umno akan bersama-sama untuk keluar parti,”
tegasnya.

Namun begitu katanya, dalam tempoh 3 hari mereka mendapati lebih ramai ahli Umno mempunyai hasrat yang sama.

“Kita berjaya mengumpul 100 orang yang menunjukkan minat untuk menyertai PAS apabila melihat parti itu lebih bersih melalui cara kepimpinannya.

“Sikap pemimpin Umno sebelum ini seperti mahu memecahbelahkan apabila ada kemudahan dan sumbangan seolah-olah diberi kepada mereka menyertai parti sahaja.

“Saya mengambil contoh dalam pemberian sumbangan beg sekolah baru-baru ini, ada kanak-kanak yang tidak dapat menerima sumbangan itu apabila ibu bapa mereka tidak menjadi ahli Umno.

“Malah kemudahan dewan yang dibina dengan menggunakan wang rakyat juga tidak semua penduduk dapat menggunakan unutk melakukan aktiviti,”
jelasnya.

http://www.harakahdaily.net

http://pinkturtle2.wordpress.com/2009/01/12/13332/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...