Tuesday, January 13, 2009
EPL: Pak Arab 'tauke' Man City terkaya, termuda, Roman Abramovich jatuh ke nombor tiga
Tauke Queens Park Rangers kedua
08 Jan 2009 1:33PM
LONDON: Pemilik baru Manchester City, Sheikh Mansour bin Zayed al Nahyan, ialah orang paling kaya dalam bola sepak Britain, dengan pemilik Chelsea, Roman Abramovich, jatuh ke tangga ketiga.
Demikian menurut Senarai Kaya tahunan majalah FourFourTwo yang diterbitkan semalam.
Sheikh berusia 38 tahun yang berasal dari Abu Dhabi dan mengambil alih City dalam September lalu itu dianggarkan bernilai £15 bilion.
Jumlah itu adalah lebih dua kali lebih banyak daripada nilai Abramovich, 42 tahun.
Jutawan Russia itu tercicir dari tangga teratas ke tangga ketiga dengan £7 bilion.
Seorang lagi muka baru di tangga kedua ialah Lakshmi Mittal dari India, yang dianggarkan bernilai £12.5 bilion.
Beliau menyertai Bernie Ecclestone dan Flavio Briatore daripada sukan Formula Satu dengan melabur dalam kelab Queens' Park Rangers dari divisyen dua.
Pengurus England, Fabio Capello, juga seorang lagi muka baru.
Jurulatih asal Italy itu bernilai £25 juta dan berkongsi tempat ke-73 dalam senarai tersebut. Beliau mempunyai kontrak £6 juta setahun dan koleksi lukisan peribadi bernilai £10 juta.
Bos Manchester United, Sir Alex Ferguson, berada di tangga ke-78 dengan £22 juta, sementara pengurus Arsenal, Arsene Wenger, di tangga ke-92 dengan £14 juta.
10 yang terkaya (nilai dalam £)
1. Sheikh Mansour bin Zayed al Nahyan (Manchester City) 15 bilion; 2. Lakshmi Mittal dan keluarga (QPR) 12.5 bilion; 3. Roman Abramovich (Chelsea) 7 bilion; 4. Joe Lewis (Tottenham Hotspur) 2.5 bilion; 5. Bernie dan Slavica Ecclestone (QPR) 2.4 bilion; 6. Stanley Kroenke (Arsenal) 2.24 bilion; 7. Alisher Usmanov (Arsenal) 1.5 bilion; 8. Lord Grantchester dan keluarga Moores (Everton) 1.2 bilion; 8. Dermot Desmond (Celtic) 1.2 bilion; 10. Lord Ashcroft (Watford) 1.1 bilion; 10. Malcolm Glazer dan keluarga (Manchester United) 1.1 bilion.
10 pemain terkaya (kedudukan keseluruhan dalam kurungan)
1. David Beckham (Los Angeles Galaxy) 125 juta (38); 2. Michael Owen (Newcastle United) 40 juta (56); 3. Wayne Rooney (Manchester United) 35 juta (61); 4. Rio Ferdinand (Manchester United) 28 juta (69); 4. Robbie Fowler (tiada kelab) 28 juta (69); 4. Sol Campbell (Portsmouth) 28 juta (69); 7. Ryan Giggs (Manchester United) 23 juta (77); 8. Michael Ballack (Chelsea) 20 juta (80); 8. Frank Lampard (Chelsea) 20 juta (80); 10. Steven Gerrard (Liverpool) 19 juta (86). / Reuters
http://www.klpos.com/news/2009/01/08/6.html
No comments:
Post a Comment