Tuesday, January 13, 2009

Rumah ibadat Yahudi di Paris diserang


BEBERAPA orang berdiri di hadapan pusat komuniti Yahudi yang menjadi serangan bom petrol di Saint-Denis, Paris kelmarin.
--------------------------------------------------------------------------------


PARIS - Dua bom petrol dilontar ke sebuah pusat komuniti yang menempatkan rumah ibadat Yahudi di Saint-Denis utara Paris, Perancis kelmarin bagi membantah keganasan Israel di Genting Gaza, kata polis.

Pihak polis berkata, bom tersebut menyebabkan sebuah restoran berhampiran rumah ibadat tersebut rosak tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Satu tingkap restoran itu pecah manakala dinding premis berkenaan juga hitam kerana disambar api.

Menteri Dalam Negeri Perancis, Michele Alliot-Marie berkata, serangan yang berlaku di Saint-Denis itu merupakan satu tindakan penakut dan tidak boleh diterima.

Insiden itu merupakan bantahan anti Yahudi terbaru di Perancis sejak Israel melancarkan operasi ketenteraan di Gaza pada bulan lalu.

Israel melancarkan serangan besar-besaran di Genting Gaza dengan alasan untuk menghentikan pelancaran roket oleh pejuang Hamas.

Serangan itu menyebabkan keadaan Perancis menjadi tegang kerana ia mempunyai jumlah penduduk Yahudi serta Islam teramai di Eropah Barat. - AP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...