Tuesday, February 10, 2009

Geng dadah bertempur, 3 maut


Keadaan sebuah restoran di Taman Beringin, Jinjang Utara selepas tiga lelaki mati ditembak semalam.


KUALA LUMPUR - Orang ramai ketakutan apabila mereka menyaksikan empat lelaki melepaskan tembakan ke arah sekumpulan lelaki lain yang minum di sebuah restoran di Jalan Niah 1, Taman Beringin, Jinjang Utara di sini semalam.

Semasa kejadian pukul 6.30 petang, empat lelaki itu menaiki sebuah kereta Proton Wira. Dua daripada mereka mempunyai pistol manakala dua lagi membawa pedang semurai.

Sebaik turun dari kereta, dua lelaki berpistol terus melepaskan tembakan melulu manakala dua lagi lelaki berparang menetak sekumpulan lelaki yang berada di sebuah meja.

Kejadian itu menyebabkan tiga lelaki berusia antara 21 hingga 33 tahun mati manakala seorang lagi cedera parah.

Seorang saksi berkata, dalam kejadian ketika hujan lebat itu empat lelaki tersebut telah melepaskan tembakan melulu sebelum ia menyasarkannya ke arah sekumpulan lelaki yang sedang minum.

"Tiga sekawan yang sedang minum melarikan diri kira-kira 100 meter sebelum mereka rebah ditembak dan ditetak,'' kata beliau.

Menurutnya, beliau nampak ketiga-tiga lelaki itu cedera dan orang ramai yang berada di restoran tersebut bertempiaran lari.

Kata beliau, sebaik melepaskan tembakan, keempat-empat lelaki itu terus menghilangkan diri menaiki kereta sama.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ku Chin Wah berkata, kejadian serangan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan ahli sindiket dadah.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0210&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...