Tuesday, February 10, 2009

Nor Radhiah belum fikir soal pengganti




KUALA TERENGGANU - Sebaik perkahwinannya dengan pengarah dan pelakon, Aziz M. Osman diisytiharkan tidak sah oleh mahkamah kelmarin, Nor Radhiah Ramli (gambar) sudah mula diintai jejaka lain.

Semalam, pejabat Kosmo! di sini menerima panggilan daripada beberapa lelaki yang melahirkan rasa simpati dengan nasib ustazah berusia 23 tahun itu.

Malah, ada pemanggil tersebut turut meminta nombor telefon bimbitnya dengan alasan mahu berkongsi masalah dan berkenalan.

Nor Radhiah ketika ditanya mengenai ada jejaka cuba mencuri hatinya ketika ini berkata, dia mahu bertenang terlebih dahulu dan terlalu awal untuk berbicara soal jodoh.

"Biarlah dulu, saya tak fikir pun lagi untuk bercinta semula buat masa ini," katanya kepada Kosmo!.

Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini kelmarin memutuskan perkahwinan antara Aziz dan Nor Radhiah tidak sah kerana wanita itu masih dalam tempoh edah ketika mereka berkahwin.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0210&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...